Social Icons

Pages

Wednesday, December 10, 2014

BREAKING NEWS !!! KEBARANGKALIAN #ALVINTAN PERISIK LUAR NEGARA ADALAH BENAR !!!


Keberanian Alvin Tan mencabar pihak kerajaan untuk membatalkan passportnya merupakan suatu tindakan biadap kerana bukan sahaja tidak mahu meminta maaf,bahkan turut menghina kerajaan Malaysia.Mungkin disebabkan dia telah mengkaji kuat lemah sistem perundangan yang ada menyebabkan dia mencabar undang-undang dinegara kita.Alvin Tan seharusnya dihukum buang negara atas beberapa faktor kesalahan yang pernah dia lakukan sebelum ini.Kenapa Alvin Tan tidak takut mengeluarkan kenyataan menghina kerajaan Malaysia ??? Pada pendapat saya,Alvin Tan mempunyai sokongan oleh sesebuah pihak di Luar Negara.Kita sedia maklum bahawa USA memiliki beberapa buah agensi risikan yang bertindak mengumpul maklumat berkenaan hal ehwal dalaman dan luar negara.

Ditambah pula beberapa orang tokoh pembangkang yang muka menjalinkan hubungan baik dengan pihak kerajaan USA.Maka lebih mudah bagi Alvin Tan mendekati mereka,mungkin sebagai pemberi maklumat bahkan lebih buruk lagi ialah dilantik sebagai ejen.Mungkin ada diantara pembaca yang melihat ini bukan satu kemungkinan kerana dari segi personaliti Alvin Tan yang seperti kanak-kanak dan kelihatan lebih kepada bintang porno apabila bergandingan dengan Vivian Chong.Tapi itu hakikat yang kita perlu pandang serius apabila berhadapan dengan lelaki licik ini.Sebagai seorang penganut Katholik,Alvin Tan mahu negara kita ini dipegang oleh agama kristian secara total dan menghapuskan agama lain yang tidak selari dengannya.

Maka dengan bantuan USA,Alvin Tan menjalankan misi jarum halusnya selaku pemberi maklumat kepada ejen risikan Amerika merangkap pemain psikologi perkauman terhadap rakyat Malaysia.Dalam istilah lain,Kerajaan Malaysia terpaksa berhadapan dengan dua tekanan yang tak sepatutnya berlaku.Ini yang dikehendaki oleh Alvin Tan agar pembentukan Malaysia selari dengan negara republik Singapura pimpinan PAP iaitu mentor kepada DAP.Kita tak tahu berapa ramai lagi ejen risikan negara luar yang wujud seperti Alvin Tan untuk menggugat kestabilan Malaysia.Cuma sebagai rakyat yang punyai pemikiran rasional,mampu melihat permainan Alvin Tan,pembangkang dalam negara,pihak negara jiran dan pihak risikan USA.

di sudut lain pula,Dalam 1 status Facebook yang dimuat naik,Alvin menulis : “Kini sudah rasmi,saya sekarang pendatang tanpa izin di Amerika Syarikat yang akan diekstradisi secepat mungkin ke Malaysia,menurut penyokong UMNO yang bercakap seolah-olah mereka adalah pakar imigresen.” Di hujung statusnya, dia meletak hashtag ‘PrayingToGuanYinMaForSafety‬’ iaitu doa khusus kepada Dewi Quan Yin iaitu dewi pemberi rahmat untuk penganut agama Buddha.Dalam status terbarunya pula,Alvin menulis lagi : “Bayangkan sekiranya Menteri Dalam Negeri menggunakan kecekapan yang tak masuk akal ini untuk menyelesaikan masalah rasuah dan menangani jenayah daripada menarik balik pasport saya… tapi…(itulah yang berlaku).”

Seorang pengikut Facebook Alvin,Bee Wee Hoi berkata,tindakan kerajaan itu kerana mahu Alvin pulang dan menghadapi pertuduhan.“Dengan menarik balik pasport anda,ini bermakna mereka tidak benarkan anda pulang seperti yang berlaku kepada (mendiang) Chin Peng,tetapi tetap mahu anda pulang untuk dihadapkan ke mahkamah.Logik apakah ini ??? Seorang lagi pengikut,Safrin Eza Bahrim berkata,Alvin perlu berani menerima akibat daripada perbuatannya. “Kebebasan bersuara diberikan kepada setiap orang tetapi tidak bermakna kita bebas daripada akibat perbuatan kita.Sekiranya anda berani untuk bersuara,maka anda perlu berani menerima akibatnya.Dalam perkataan ringkas, Alvin Tan seorang pengecut yang menyembunyikan tangan selepas membaling batu,” katanya. 

sebelum ini,The Rakyat Post melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia akan menghantar satu surat rasmi kepada pencetus kontroversi Alvin Tan dan seorang lagi Ali Abdul Jalil sebagai makluman berhubung penarikan balik pasport antarabangsa milik mereka yang dikeluarkan oleh jabatan itu.Ketua Pengarahnya,Datuk Mustafa Ibrahim berkata,perkara itu juga akan diwartakan menerusi akhbar-akhbar tempatan sebagai pemberitahuan umum berhubung langkah yang diambil.Satu Sijil Perakuan Cemas (EC) turut akan dikeluarkan kepada Alvin dan juga Ali melalui Pejabat Perwakilan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua mereka dibawa pulang ke Malaysia. “Dengan penarikan semula pasport antarabangsa berkenaan mereka berdua boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara tempat mereka berada sekarang ini,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

HAMIDIsP said...

Terang lg bersuluh, bintang porno ni merupakan ejen perisik luar. Keberaniannya memang 'luarbiasa'. Tangkap dan sumbat dalam lubang tandas..

 
 
Blogger Templates