Social Icons

Pages

Thursday, December 25, 2014

EKSKLUSIF !!! #PAS,#HUDUD DAN #AL-ARQAM !!! ADAKAH SAMA ATAU SEBALIKNYA ???


Disaat saya menulis artikel ini,saya baru sahaja membaca artikel-artikel yang ditulis mengenai pemikiran Abuya Ustaz Ashaari Muhammad,mantan Syeikhul Arqam yang diistiharkan sesat oleh Jakim berpuluh tahun lamanya dahulu.Saya bukanlah seorang penyokong Al-Arqam atau pengikut Aurad Muhammadiyah,namun dalam banyak perkara yang dianjurkan oleh jemaah tersebut,ada juga yang saya rasakan rasional dalam menangani krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia pada ketika ini.Dalam kehangatan fahaman dan cara hidup Islam itu diserang hebat oleh tangan-tangan ghaib yang kita tidak dapat kenali lagi,kita juga berhadapan dengan serangan dari fahaman-fahaman yang berbeza dari dalam Islam itu sendiri.Ada fahaman yang menolak terus amalan atau cara fahaman yang lain.Serangan demi serangan ini melemahkan Islam di Malaysia,bukan sahaja institusi-institusinya (seperti JAIS, JAKIM & Zakat) tetapi juga menyerang kefahaman Islam dan cara hidup Islam. 

Sedang kita sibuk menolak satu sama lain,PAS sebuah parti yang tenggelam timbul peganggan mereka terhadap hudud telah mengorak langkah untuk berusaha menjadikan hudud sebagai salah satu cara penghakiman dan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang disebutkan secara spesifik di dalam Al-Quran.Sekali imbas,ianya satu petanda yang baik untuk umat Islam di Malaysia,dimana hukum Allah akan tertegak juga akhirnya.Namun,apakah ianya masa yang sesuai untuk kita laksanakan hukum hudud di Malaysia,sedangkan cara hidup Islam pun diserang sebegitu hebat.Itu belum lagi dikira peratusan murtad dikalangan umat Melayu Islam di Malaysia yang semakin lama semakin membimbangkan.Apakah wajar untuk kita memperkenalkan semula hukum Islam sedang akidah Islam dikalangan umatnya juga semakin lama semakin goyah.Abuya Ashaari Muhammad dan gerakan Al-Arqam juga seperti PAS.Mereka mahukan negara Islam (mengikut fahaman mereka) tertegak di bumi Malaysia.Perjuangan Al-Arqam sebegitu ekstrim pada ketika itu sehingga mengatakan bahawa kerajaan Islam akan terbentuk secara “miracle” atau ajaib.Dimana Abuya Ashaari Muhammad akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan dengan sistem demokrasi tetapi dengan cara lain yang benar-benar rahsia dan ajaib.PAS & Al-Arqam mempunyai pertalian walaupun perjuangan mereka amatlah berbeza.Kesetiaan dan ketaksuban pemimpin juga sama (walaupun akhir-akhir ini Presiden PAS yang dianggap “suci” juga sudah berani dikritik oleh ahli dan pemimpin mereka sendiri),malah Abuya Ashaari Muhammad juga pernah menganggotai PAS. 

Abuya Ashaari Muhammad pada mulanya mempunyai sistem dakwah yang unik dan berkesan.Tidak menggunakan caci maki dan berita fitnah,Al-Arqam menjana sifat kasih sayang yang dianjurkan dalam Islam sebagai medium utama penyebaran dakwah mereka.Buku-buku dan risalah mereka memaparkan Islam yang begitu mengutamakan kasih sayang dan kebajikan.Perkara ini ternyata lebih berbeza dengan PAS.Dalam isu Hudud pula,Al-Arqam tidak pernah mengetengahkan perlaksanaannya, kerana mengikut kata Abuya,belum sampai masanya lagi.Ini tidak bermakna Al-Arqam menolak hudud,namun perlaksanaannya pada hemat jemaah tersebut belum boleh dilakukan di Malaysia. Dalam konteks ini saya amat bersetuju dengan Al-Arqam.Mengikut kata Abuya Ashaari “Hudud itu ibarat pagar,rumah (Akidah) kita belum siap (sempurna) maka bagaimana kita hendak membina pagar”.Bayangkan,satu jemaah yang begitu taksub dengan ketuanya dan juga amalan-amalan Islam, boleh berfikir dengan rasional berkenaan perlaksanaan hudud, inikan sebuah parti politik berteraskan Islam tidak boleh faham akan perkara ini. 

Jawapannya mudah,Hudud PAS bukanlah hudud Islam.Hudud PAS adalah HUDUD politik.PAS sudah tewas dalam satu hal.Bekerjasama dengan bukan Islam sampai satu masa dahulu mengkafirkan UMNO kerana bekerja dengan MCA & MIC.PAS tewas kerana bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR yang ternyata membawa agenda sekular dan pluralisma. Bagaikan meludah ke langit ianya jatuh ke muka PAS. Sekiranya hudud dicarik dan dibuang dari agenda PAS,maksudnya PAS sudah ludah kemuka mereka sendiri sebanyak dua kali.Oleh itu,Hudud PAS / Hudud Politik perlu dilaksanakan dengan tergesa-gesa, agar PAS tidak dilihat sebagai opportunist politik yang gagal dalam melaksanakan agenda mereka sendiri.Jika perlaksanaan hudud gagal, tunding sahaja jari kepada UMNO.Walhal yang membentak-bentak tidak mahukan hudud adalah dari pakatan mereka sendiri.Dari satu sudut,Al-Arqam adalah lebih baik dari PAS. Al-Arqam walaupun diistiharkan sesat mereka tidak menentang kerajaan Malaysia.Al-Arqam juga menaikkan nama dan ekonomi negara dengan pelbagai aktiviti perniagaan.Tidak seperti PAS yang hanya memalukan negara dengan menyediakan “askar-askar” untuk demonstrasi dan mengusung tabung milo kesana dan kemari sahaja.

Oleh Ahmad Soffian

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates