air telah surut di beberapa kawasan dalam negeri Kelantan dan timbullah apa sebenarnya yang menyebabkan bencana kali ini masuk buku rekod sebagai yang terburuk dalam sejarah,iaitu balak.Longgokan kayu – kayu balak ini boleh dilihat hampir di banyak kawasan yang terjejas teruk seperti Manek Urai contohnya.Dengan kerakusan pemimpin PAS Kelantan melahap hasil balak negeri itu,tak sukar nak mengagak dari mana kayu-kayu balak itu datang.Tak kan datang dari Thailand pulak kan ???
Seterusnya menjawab teka teki kenapa Husam Musa cuba menyalahkan empangan Kenyir 2 sebagai punca malapetaka teruk di Kelantan tahun ini.Alloo kawan,empangan itu tak penuh pun airnya dan belum runtuh pun empangan itu yang nak dituduh sebagai punca.Begitupun, mengetahui tahap kecerdikan penyokong PAS yang begitu rendah,saya tidaklah terperanjat kalau ramai yang menganga dengar ‘penjelasan’ Husam.Apa pun,kenapa Husam begitu defensif dalam hal ini (Menteri Besar Kelantan pun tak macam itu) saya tidak pasti.Sama ada ke’defensif’annya itu adalah atas tanggungjawab seorang ADUN PAS nak melindungi partinya atau nak melindungi diri sendiri,saya tak pasti dan tak begitu peduli.
Pada pendapat saya,dari sibuk membangkitkan teori tak masuk akal tu,adalah lebih baik Husam atau pemimpin PAS yang lain cari jalan bagaimana bak menjelaskan kewujudan longgokan kayu balak yang begitu ketara sekali dalam musibah kali ini.Banyak rumah jahanam,beralih dari tapak dan sebagainya,lebih tepat dikaitkan dengan kewujudan kayu-kayu balak itu.Jangan kata rumah kayu,rumah batu pun boleh tercabut dari tapak kalau dilanggar balak besar itu.Kita nanti jawapannya nanti.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment