Maklumat dalaman yang kami perolehi menyatakan bahawa Ketua pembangkang telah ‘membeli’ beberapa bekas menteri kabinet dan bekas Ketua Pengarang media arus perdana sebagai taktik terbaharu untuk menjatuhkan UMNO.Mereka tidak dipelawa menyertai PKR sepertimana modus operandi yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya dikekalkan imej asal untuk memudahkan mereka melemahkan UMNO dari dalam.Modus operandi kumpulan ini adalah menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Teori mereka,apabila Najib sebagai Presiden UMNO berjaya dilemahkan,maka dengan sendirinya UMNO akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).Taktik terbaharu Anwar itu dibuat selepas gagal menawan Putrajaya untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri pada Pilihanraya ke-13 (PRU 13).Sebelum ini,Anwar menggunakan modus operandi mengunakan aktivis-aktivis PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggulingkan kerajaan,namun keputusan PRU 13 menunjukkan taktik itu kurang berkesan.
- AIDC
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment