Social Icons

Pages

Saturday, January 10, 2015

#BANJIRBESAR !!! MANGSA BANJIR TIDAK BERSYUKUR DENGAN BANTUAN YANG DIBERIKAN ??? BIAR BETUL ???


Banjir buruk yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini menguji keikhlasan mangsa banjir,penderma dan sukarelawan itu sendiri.Kita tidak dapat menafikan bahawa rata-rata rakyat Malaysia merupakan seorang yang pemurah dan penuh dengan belas ikhsan.Kerajaan Barisan Nasional bersama-sama dengan Datuk Seri Najib,Perdana Menteri kita turut bertungkus lumus bagi membantu mangsa banjir sebaik mungkin.Kebanyakkan mangsa banjir amat berterima kasih kepada bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Barisan Nasional,NGO,Syarikat swasta dan sukarelawan.Namun terdapat segelintir mangsa yang menunjukkan sikap biadap,kurang ajar dan tidak bersyukur dengan segala bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dan para sukarelawan yang lain.Malahan parti politik terutamanya PR dilihat cuba memburukkan dan memfitnah kerajaan Barisan Nasional sedangkan mereka sekadar pandai mengkritik dan memfitnah tanpa benar-benar berkhidmat dengan ikhlas untuk membantu mangsa banjir. 

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa mangsa banjir bersikap memilih dengan hanya menerima pakaian baru sahaja.Kononnya semua pakaian terpakai dilonggokkan sahaja di tepi jalan sahaja.Perkara ini dikatakan dirakam sendiri oleh penderma yang berada di lokasi kejadian,malah segelintir mereka didakwa berasa terhina gara-gara menyaksikan perkara ini.Bagi para penderma,mereka sanggup menanggung segala kos pengangkutan walaupun baju tersebut merupakan baju terpakai.Segala keikhlasan para penderma,ada yang bertukar menjadi kemarahan apabila mangsa banjir bersikap seperti tidak bersyukur.Peradaban menerima dengan syukur seolah-olah terhakis dari jiwa mereka.Kalau kain agak buruk sekali pun,mereka boleh gunakan untuk mengelap lantai dan sebagainya. 

Adakah mangsa banjir ini dikategorikan sebagai manusia yang kufur nikmat ??? Hanya Allah yang maha mengetahui. ita amat faham bahawa setiap orang sememangnya mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.Namun “perangai” tidak tahu bersyukur ini sebenarnya telah dipelopori oleh PR itu sendiri.Mereka seolah-olah mengajak rakyat agar tidak “berterima kasih” kepada kerajaan Barisan Nasional yang selama ini bertungkus lumus menjaga kesejahteraan dan keamanan negara.Bagi mereka,itu sudah menjadi tanggungjawab,oleh itu,rakyat tidak perlu berterima kasih pun kepada kerajaan.adakah itu sikap yang anda suka wahai pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates