“Celako semua sekali ni..yang tu group whatsapp celako..group whatsapp celako,sekali lagi saya kata celako group whatsaap lagu nie…Celako.. Celako… celako" Mungkinkah itulah reaksi keras yang akan terhambur keluar dari mulut Nik Aziz Nik Mat bila diketahui banyak khabar angin mengenai kematiannya bertebaran dalam pelbagai group whatsapp sejak semalam?
Mungkin tidak kot,tapi satu yang penulis tidak lupa tidak berapa lama dulu bekas Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS itu pernah menghampurkan kata-kata yang mencelakakan orang lain apabila naik berang dengan tindakan beberapa blog tertentu menyiarkan kisah dalaman pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan yang sedang berantakan pada tahun 2009. Kisah lama sekadar imbasan sahaja.
Berbalik pada tajuk artikel,kalau kita imbas-imbas balik sejak setahun dua ini rasa-rasanya dah dekat sepuluh kali atau mungkin juga sudah berbelas kali Nik Aziz dikhabarkan sudah mati dan dekat sepuluh kali jugalah hidup kembali.Itu kalau nak diambil kira sebaran khabar berita yang dijaja dalam ruangan chit chat pelbagai group whatsapplah.Apapun kalaulah betul segala macam sebaran berita mengarut dalam group-group whatsapp serta macam-macam lagi kisah poyo dalam facebook dan blog,kiranya sekarang ini Nik Aziz dah jadi simbol keajaiban kelapan dunia.Tiap kali Nik Aziz dikatakan mati tak lama kemudian Nik Aziz hidup kembali.Jenuh tukang gali kubur,asal gali saja kena timbus semula.Entah-entah jika dibuat drama seram mahunya kisah Nik Aziz mati dah masuk sepuluh siri tak kalah lawan dengan siri ‘Bercakap Dengan Jin’ yang sedang hangat di channel Astro sekarang.Agaknya itu niat tersirat si penyebar berita palsu kematian Nik Aziz,berangan nak jadi macam Tamar Jalis barangkali.Mungkinkah?
Mitos kucing pun cuma ada 9 nyawa sahaja tau.
Dia manusia bukan kucing.Bab 9 nyawa kucing itu cukuplah Anwar sahaja yang pegang (baca sini kalau tak faham apa kaitan nyawa kucing dengan Anwar).Takkanlah hidup mati Nik Aziz pun nak dijadikan mitos macam Anwar juga? Tak mahunya Nik Aziz disama taraf dengan Anwar yang kuat kelentong.Tak gitu?
Kalau tak dikongsi kisah Nik Aziz dah mati, disebarkan pula ceritera Nik Aziz sedang tenat nyawa kini hanya dihujung kerongkong.Kasihan dia,dulu dia dah kata nak pegang jawatan MB Kelantan sampai mati, jadi kita kenalah faham tentulah sebagai manusia yang ada hati nak tongkat langit orang tua tu masih kemaruk nak hidup lagi.Tapi sampai hati ada juga yang kata dia sedang tenat.Tak patut.Bagi penulis sendiri walaupun berbeza pendirian politik tetap merasakan berita kematian palsu seseorang tidak patut dijadikan mainan.
Nik Aziz walaupun mulutnya celupar tahap mulut berus,pernah mendoakan supaya perut Datuk Seri Najib Tun Razak pecah,pernah mendoakan supaya orang Islam lain buta mata dan dikerat lidahnya,tetap penulis tak sanggup nak sebar berita kematian yang tidak sahih.tak berapa lama dulu kisah khabar angin pelepasan air dari Empangan Kenyir 2 yang dituduh sebagai punca banjir di Kelantan juga disebarkan secara meluas dalam group Whatsapp.Kisah dongeng yang melampaui logik geografi tapi dikongsi hingga dipercayai sepenuh hati oleh tangan-tangan gatal si keyboard warrior.Sama macam kisah Nik Aziz dah mati,benda yang tak berlaku macam didoakan supaya berlaku pula.Haru betul!
Tapi inilah realiti dunia sekarang, zaman di mana banyak tangan-tangan gatal di sebalik papan kekunci atau orang putih kata ‘keyboard warrior’ yang sibuk dan seronok sangat berkongsi cerita yang tidak tahu kesahihannya. Haru memang haru, tapi suka tak suka realiti ini ada depan mata kita. Jadi perangai suka berkongsi benda tak berfaedah dan tak sahih itu hanya kita yang mampu mengubahnya.
Apa pun sama-samalah kita semua memanjatkan doa mudah-mudahan kesihatan Nik Aziz kembali seperti sedia kala.Soal bila kubur nak memanggil dan bila rumah nak suruh pergi itu biarlah Allah SWT sahaja yang menentukannya.Siapa kita untuk berseronok atas kematian orang lain,bukan begitu? - HackerXP
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment