Lawatan mengejut PM adalah membabitkan perkhidmatan LRT.Sama ada sedar atau tidak,semenjak kewujudan LRT di Kuala Lumpur,sebahagian daripada masalah pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang membarah semenjak pertengahan 1970-an, dapat disuraikan.Dalam lawatan singkatnya,PM mencuba sendiri perkhidmatan LRT selepas solat Jumaat dari Stesen LRT PWTC menuju ke KL Sentral sambil berbual-bual ringkas dengan para penumpang yang jelas terkejut dengan kehadirannya.
Seperti yang diperakui sendiri oleh Datuk Seri Najib,tinjauan ringkasnya itu memberikan input kepadanya bahawa ada penambahbaikan yang perlu dibuat dalam usaha menaikkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Sesuatu yang amat menarik berlaku semalam,apabila para pecacai Pakatan jauh lebih pantas mencium berita tersebut dan dengan segera melabelkan lawatan dan tinjauan sendiri oleh Perdana Menteri itu adalah satu wayang yang sengaja dilakonkan untuk menunjukkan dia adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.Pelbagai gambaran buruk segera dimainkan di media-media sosial tetapi mereka sama sekali buat-buat lupa apayang dilakukan oleh para pemimpin mereka sendiri.
Barangkali kerana Datuk Seri Najib meranduk air banjir, sibuk meninjau keadaan banjir di empat buah negeri dalam masa beberapa hari berturut-turut sehingga akhirnya dia sendiri dijangkiti virus E.coli,para pecacai Pakatan menganggapnya sebagai satu lakonan berbanding lawatan-lawatan selepas banjir dan tanah sudah mulai kering oleh para pemipin Pakatan Jadi apabila para pecacai Pakatan berkata dan menganggap lawatan dan tinjauan di atas perkhidmatan LRT semalam sebagai satu lagi wayang,mahu tidak mahu kita terpaksa juga mengaku.
Tidak dapat dinafikan Najib bermain wayang dengan berada di mana-mana sahaja,berbanding Azmin Ali,Menteri Besar Selangor yang khususnya berada di dalam sebuah rumah dan gambarnya telah membuatkan ramai yang menitiskan air mata.Malah berbanding menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri yang mentadbir negara secara makro,Datuk Seri Najib 'hanya mampu' melakukan tinjauan di atas LRT dan langsung tidak membawa penyembur racun serangga RIDSECT bersama-samanya dengan sebilangan jurugambar dan wartawan yang akan merakamkan setiap aksinya bagi membuktikan betapa manusianya dan betapa rakyatnya Datuk Seri Najib.
Cuba lihat gambar dan dibawah bandingkan apa yang telah dilakukan oleh Azmin Ali dalam tempoh 100 hari selepas dia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.Siapakah yang anda rasa lebih wayang dan lebih berlakon ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment