Social Icons

Pages

Friday, January 16, 2015

PUSAT MAKSIAT MENINGKAT DI #SELANGOR !!! MANA PEMIMPIN #PAKATAN #PEMBANGKANG ??? @NOHOMAR


Peningkatan bilangan premis maksiat dan pelacuran seperti didedahkan polis Selangor menunjukkan kegagalan kerajaan PKR di negeri itu mengatasi aktiviti tersebut.Mohamad Azmin Ali yang ‘mewarisi’ masalah itu selepas mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim,September lalu juga belum mengambil langkah drastik bagi menyekat kegiatan itu.Adun Sungai Burong,Datuk Shamsuddin Lias berkata,angka besar yang dilaporkan itu membuktikan kegagalan kerajaan negeri untuk menurunkan angka premis pelacuran dan sarang maksiat yang meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

“Kalau satu aspek ini pun tidak mampu dijaga dengan betul,macam mana dengan aspek yang lain? mampukah kerajaan negeri tangani dengan baik?” soalnya ketika dihubungi bnbbc.my.Ketua Polis Selangor berkata, ada 2,067 premis yang dikenalpasti menjalankan kegiatan pelacuran termasuk dii pusat hiburan, rumah urut, pub, spa, salon dan hotel.Polis sudahpun menahan 1,781 individu termasuk wanita dan lelaki asing kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran dan maksiat dalam tempoh 56 hari Ops Noda Khas dengan 2,969 serbuan sejak 18 November hingga Isnin lalu. Mengulas lanjut isu berkenaan,Shamsuddin menjelaskan peningkatan bilangan premis pelacuran mungkin kerana kerjaaan PKR yang terlalu memfokuskan hal politik sehingga mengabaikan masalah semasa di negeri tersebut. 

“Cuba lihat daripada dulu lagi,mereka sibuk dengan isu pemilihan Menteri Besar Selangor,nak pilih (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail). dengan masalah dalaman parti lagi, macam mana angka tak meningkat? Cuma apa yang saya harapkan, Azmin bila dah dipilih sebagai Menteri Besar Selangor, beliau dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin,” ujar bekas Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri Selangor.Dalam pada itu,Ahli Parlimen Tanjung Karang,Datuk Seri Noh Omar turut berkata PAS sebagai rakan gabungan PKR dalam Pakatan Rakyat seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. “Dalam hal ini, PAS tak boleh duduk diam sebab mereka adalah rakan gabungan dengan PKR,kalau dalam hal ini dia tak boleh nak bersuara,susahlah. “Tapi sebenanya ia tetap akan menjadi masalah kepada kerajaan negeri sebab selagi PKR bergabung dengan parti DAP,angka ini akan terus meningkat dan masalah memang susah nak ditangani,” katanya.

Untuk rekod,sebelum pakatan rakyat mengambil alih Selangor pada 2008,bilangan pusat hiburan di negeri itu hanya di bawah 700 premis sahaja selepas operasi mengapuskan pusat-pusat hiburan tanpa lesen oleh kerajaan BN terdahulu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates