Social Icons

Pages

Wednesday, April 08, 2015

KRITIKAN #TUNMAHATHIR !!! INI JAWAPAN DS @SHABERYC DAN DATUK @MYKINABATANGAN !!! VIDEO INSIDE !!!


Sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak bukan bersifat mementingkan diri sendiri.Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sokongan tersebut dibuat atas kepimpinan Perdana Menteri itu yang dikendalikan dengan baik sekali selaras dengan perkembangan negara yang semakin maju.

Kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan lebih terbuka selain sering memberi tumpuan yang lebih terhadap program bagi mendekati generasi muda di negara ini.Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Bung Mokhtar Radin berkata,pendekatan seperti ini tidak pernah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri terdahulu.jom kita lihat video di bawah



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan Datuk Bung Mokhtar, Tun Dr. Mahathir dah guna bermacam-macam kaedah untuk Najib menyelesaikan isu-isu yang diutarakan itu, malahan sampai ke satu tahap Tun Dr. Mahathir disekat, dihalang, malahan dipaksa untuk berdiam diri dan membiarkan kerosakkan dan masalah yang berlaku pada masa ini begitu sahaja.

Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional perlu sedar bahawa tidak guna mereka menyokong Najib tak tentu hala walaupun dinafikan oleh Datuk Shababery Cheek kononnya bukan sokongan membuta tuli, tapi apa yang boleh kita nilaikan sebenarnya sokongan ahli parlimen Barisan Nasional kepada Najib yang diketuai oleh Shahrir Samad itu adalah membuta tuli sahajalah.

Sedarlah bahawa isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir bukanlah isu baharu, malahan isu itu dibangkitkan sudah lama oleh rakyat yang mahukan penjelasan, hanya penjelasan dan jika ada masalah maka buatlah penambahbaikan.

Rakyat dan Tun Dr. Mahathir bukannya menyuruh Najib menggali parit dari Pekan hingga ke Padang Besar, Perlis menggunakan cangkul, atau menyuruh Najib bertarung dengan harimau, atau bergusti dengan beruang pun, apa yang yang diperlukan adalah penjelasan dari Najib berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat itu.

Sepatutnya Bung Mokhtar dan Shabery tak patut menyuruh Tun Dr. Mahathir diam dan jangan membangkitkan isu ini kerana isu ini telah jadi barah kepada UMNO dan Barisan Nasional sebelum dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir lagi.

Tun Dr. Mahathir melihat 'barah' ini sudah sangat membahaya dan perlu di'ubati' segera.

Malangnya ada pemimpin yang tak bertanggungjawab yang hanya memikirkan temolok sendiri tidak mahu 'barah' ini diubati.

Sedarlah bahawa kalau terlalu syok sangat membela segala kesalahan, kegagalan Najib sebagai mulia dan betul belaka serta sebagai cemerlang tahap super saiya. Maka selepas UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14, segala perhatian dan ampu bodek kepada Najib sudah tidak berguna lagi kepada para pemimpin pengampu Najib itu.

Abu Bakar said...

Kepada Shabery dan Bung Mokhtar, sila lihat video dalam blog minaq jinggo ini dengan hati nurani dan akal supaya anda berdua jelas apa yang sebenarnya dibuat oleh Tun itu bukanlah untuk ainaya Najib, bukanlah untuk merosakkan Barisan Nasional, tetapi sebenarnya Tun dah lama nak ubati penyakit Najib ini menggunakan kaedah-kaedah yang paling baik tetapi hingga kini tak berubah hingga berjangkit kepada UMNO, maka antara Najib dengan UMNO, maka UMNO lebih utama, Tun perlu selamatkan UMNO yang sedang disabotaj oleh najib sebenarnya. Lihat video ini untuk pencerahan minda:

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/04/tun-dr-mahathir-tak-gentar-dengan.html

Anonymous said...

hahah...nak tergelak aku..apa yang disuarakan TUN adalah apa yang difikirkan majoriti rakyat bawah..masa Pembangkang dok kutuk dan fitnah Najib xnampak pun muka2 ni ke hadapan mmpertahankan Najib..bila Tun bersuara kelam kabut semua tunjuk BERTELOR!! udah la bermimpi di atas tu turun ke bawah pergi buat survey sendiri!!baru tahu PRU akan datang ada harapan ke xda!! HIDUP TUN MAHATHIR!!

Anonymous said...

It clearly shows immaturity of mps and the likes.

Shabery has no track record.

Bung is never liked by sabahans except by his own constituents. Same goes for salleh said keruak

All of them, kalau betul2 honest and sincere shud tell najib in the face without fear or favour. But because of material gain....well semua bos betul.

Anonymous said...

Bukannya susah nak handle Tun ni. jawap aje isu yg ditimbulkan dengan penuh transperancy. TM bukan nak spin cerita. Aku pun nak tahu juga jawapan kepada soalan2 Tun tu. kenapa banyak sangat panglima yg tak tau jawapan tapi tunjuk hero serang peribadi Tun........ satu isu KPN dah jawap. Yg lain2 tu jawap la. at least 2nd finance minister pun bersuara la dengan fakta. Kalau DSN betul TM akan diam. be accountable itu la good leadership.

Anonymous said...

Dah jawab dah semua isu tu. Jawapannya merepek, fitnah, andaian, tak betul, bohong, maklumat tak tepat, salah, ikut peraturan, rahsia, bukan itu, fakta tak tepat, soalan tak berkaitan, bukan saya, saya dah arahkan dsb. Semua jawapan tu memuaskan hati penyokong ah jib gor tapi tidak kepada penyokong umno dan bn. Patutnya bila rafizi dan tony phua cakap, pemimpin pakat jawab. Ni bila tdm cakap, ramai pulak yg tolong jawsb ke laut,

Anonymous said...

Buang masa aku masok baca artikel ini. Ingatkan soalan yang Tun utarakan mereka jawab. Rupanya merapu yang bukan-bukan saja. Susah sangat ke nak jawab???!!!!!!!

Anonymous said...

Tun Dr. Mahathir bertanyakan isu itu dalam bahasa Melayu, sebab Najib orang Melayu, kemudian ada jugalah soalan dalam bahasa Inggeris sebab Najib selalu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Bukannya Tun Dr. Mahathir bertanyakan soalan itu dalam bahasa orang Eskimo dan mensyaratkan Najib menjawab soalan itu dalam bahasa orang Somalia pun, jadi apa yang susah sangat Najib nak perjelaskan isu yang sebenar?

Masalah ini timbul kerana Najib banyak sangat simpan bawah karpet semua masalah dan kegagalan serta salah laku hingga karpet pun dah membuncit hingga menimbulkan keraguan masyarakat.

Anonymous said...

Shabery Cheek membandingkan dengan Putrajaya, Jambatan Pulau Pinang dan segala projek Tun Dr.Mahathir dengan 1MDB.

Perbezaannya untuk makluman Shabery Cheek Menteri Komunikasi dan Multimedia, kita nampak pembangunan Putrajaya, kita nampak Jambatan Pulau Pinang, kita nampak Proton dan sebagainya, kita tahu wang dibelanjakan untuk pembinaan itu memang benar-benar menunjukkan hasil, tetapi berbeza dengan 1MDB yang mana wang yang dibelanjakan tak tahu ke mana lesapnya, tak tahu dibelanjakan untuk apa.

Malahan USD 1.103 bilion yang dikatakan disimpan di Singapura itu pun, tidak jelas apa yang berlaku sebenarnya, apakah benar ada dana sebanyak itu disimpan di BSI Singapore Ltd.?

Najib memberikan pejelasan kononnya menyimpan USD 1.103 bilion di BSI Singapore Ltd. itu adalah kerana nak memudahkan pengeluaran wang itu kerana berdasarkan peraturan bank negara pengeluaran melebihi RM 50 juta perlu dapatkan kebenaran bank negara bagi bank-bank di Malaysia.

Menjadi persoalan juga, di Singapura turut ada bank yang pegangannya dimilik oleh kerajaan Malaysia iaitu Maybank Singapura, mengapakah dana 1MDB berjumlah RM 1.103 bilion itu tidak disimpan di dalam Maybank Singapura?

Apakah kerana dana itu sebenarnya tiada, maka sebab takut audit tahunan Maybank yang mencakupi anak syarikatnya di luar negara dapat mengesan penipuan ini maka Najib memberikan kenyataan bahawa USD 1.103 bilion ini disimpan di BSI Singapore Ltd dengan alasan-alasan yang boleh dipertikaikan itu?

Apakah Najib dan 1MDB memandang rendah terhadap Maybank yang turut dimiliki oleh kerajaan Malaysia bagi menyimpan dana USD 1.103 bilion itu?

Isu ini perlu penjelasan yang sebenar, bukannya menipu untuk melindungi penipuan yagn berlaku itu. Ini melibatkan kepentingan negara, dana 1MDB itu ada kaitan dengan perbendaharaan negara, bukannya milik Najib dan ahli parlimen suruhan Najib yang menyokong semberono itu sahaja.

Anonymous said...

Harapnya Najib janganlah memaksa Maybank untuk menutup cawangan mereka di Singapura untuk mengelakkan menjawab isu ini sudahlah.

Walau apa pun, sila jawab isu yang dibangkitkan itu dengan jujur dan maklumat yang sahih, kita tak mahu maklumat yang direka-reka dan hanya pembohongan, kita mahu tahu kebenaran.

 
 
Blogger Templates