Social Icons

Pages

Saturday, May 30, 2015

BREAKING NEWS !!! ISU #HUDUD PUN #PAS SALAHKAN #UMNO !!! APA CERITA NI ???


Mungkin ramai yang sedang kebingungan membaca kenyataan terbaru dari Ahmad Awang,yang cuba menyalahkan UMNO sebagai punca keretakan hubungan PAS bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat.Umum setuju dan mengerti,bahawa sejak berpuluh tahun lamanya,Hudud menjadi senjata utama PAS dalam meraih sokongan pengundi,terutamanya pengundi Islam.Kita dapat lihat,bagaimana UMNO dituduh sebagai parti sekular,lantas siri pengkafiran dalam skala besar-besaran dijadikan modus operandi mereka yang menyaksikan graf kebencian terhadap UMNO semakin meningkat hari demi hari. 

Hari ini,Di kala ramai yang mahukan perpaduan Melayu dan Islam,Ahmad Awang mengambil tindakan drastik dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional,yang didakwa mempermainkan hudud.Apa sudah jadi dengan calon yang bakal bertanding jawatan Presiden PAS ini ??? Mengapa dia sendiri tidak menyatakan perihal hudud yang diperjuangkan PAS sebelum ini ??? Ahmad Awang cuba bersikap opportunist,dengan menyalahkan UMNO.Seharusnya,dia yang mengaku dirinya mewakili parti Islam,turut sama mengulas tentang perjuangan hudud PAS sekian lama. 

mampukah dia mengakui,bahawa PAS sememangnya tidak bercita-cita untuk melaksanakan hudud,tetapi sekadar menjadikan isu berkenaan sebagai modal untuk meraih sokongan semata ??? Bagaimana pula dia mahu memberi pencerahan ke atas kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya dalam isu Memali yang tidak berganjak dari teguh mempertahankan perjuangan PAS ??? Mungkin Ahmad Awang mempunyai isu kepercayaan terhadap UMNO berdasarkan pengalamannya bekerja dengan kerajaan sebelum ini.Namun,dia perlu tahu bahawa batu yang keras sekali pun,akan berubah strukturnya jika setiap hari direnjis air.Apatah lagi hati manusia.Masa berubah,maka keperluan dan keutamaan juga akan turut berubah. 

Adalah tidak adil untuk Ahmad Awang menyalahkan UMNO berterusan,hanya dengan pengalamannya yang lalu dan yang paling mustahak,Ahmad Awang tidak seharusnya menyalahkan UMNO ke atas prinsip perjuangan yang sekian lama digunapakai oleh PAS.Bukankah PAS seharusnya berbangga,apa yang sekian lama diperjuangkan telah diterima oleh UMNO di Kelantan ??? Mengapa perlu dipolemikkan lagi isu ini ?? Tiba-tiba calon yang akan bertanding jawatan Presiden PAS ini memilih untuk tidak sehaluan dengan penyandang jawatan Presiden PAS,Hadi Awang. 

Apakah kenyataan-kenyataannya sejak akhir-akhir ini merupakan “perang saraf” terhadap Hadi Awang,demi untuk membuktikan bahawa konsistensi Hadi Awang terhadap PAS sudah tidak lagi relevan,seterusnya membawa kepada idea bahawa PAS memerlukan Presiden baru untuk penggal akan datang ??? tepuk dada,tanya iman

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

dino.yp said...

1 jari tunjuk kat umno, 4 jari tunjuk diri sendiri. Budaya PAS dari dulu, asik salahkan org lain.

Anonymous said...

nak tengok binatang dalam tubuh manusia ni la dia sendiri macam munafik tapi tuduh org lain

Anonymous said...

nak tengok binatang dalam tubuh manusia ni la dia sendiri macam munafik tapi tuduh org lain

Anonymous said...

Dari dulu PAS menggunakan isu Hudud untuk mengalahkan UMNO di Kelantan hingga sampai ke tahap mengkafirkan orang UMNO kerana kononnya menolak Hudud. Tapi setelah mereka berjaya mengislamkan kembali orang UMNO yang mereaka kafirkan dulu. Mereka pulak berdolak dalik tak nak menjalankan Hudud... Nampaknya benarlah apa yang islam katakan ... setiap pertuduhan yang benar akan kembali kepada orang yang menuduh. Moga Allah bukankan hati mereka yang tertutup sekian lama ini..

Anonymous said...

Silap... Setiap pertuduhan yang tidak benar....

 
 
Blogger Templates