Social Icons

Pages

Tuesday, June 02, 2015

KURANG AJAR !!! GERAKAN #M4J #MFOURJ #JOHORFORJESUS MELAMPAU !!! VIDEO INSIDE !!!


1 rakaman video propaganda Kristian yang dimuat naik di laman Facebook mengundang persoalan ramai apabila kandungannya seperti bermatlamat mahu menjadikan negeri Johor sebagai negeri Kristian.Video dengan tajuk slogan ‘Johor For Jesus’ (Johor Untuk Jesus) itu dipercayai digunakan untuk mempromosikan sebuah majlis Festival God Power (Healing Night) esok bertarikh 3 – 5 Jun 2015 yang akan diadakan di Berjaya Waterfront Hotel di Johor Bharu.1 laman FB dengan nama ‘Mforj Revival Movement-Johor’ yang mana ‘Mforj’ dipercayai merujuk kepada ‘Malaysia Untuk Jesus’ yang turut mempromosikan majlis tersebut.Antara isi kandungan dalam video tersebut seperti di bawah


Bait demi bait isi kandungan video provokatif diatas saya kira jelas boleh menjejaskan keharmonian negara kerana dikhuatiri boleh mencetuskan kemarahan dan tindak balas dari umat Islam.Johor seperti diketahui umum merupakan negeri yang diperintah orang Islam dan Malaysia pula adalah negara Islam yang perlembagaannya mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan. 

“Kita perlu memandang serius program ini. Melihat kepada video promosi iklan tersebut, sangat jelas ia mengandungi unsur-unsur provokatif.Ini pada kita yang boleh membahayakan keselamatan negara,” kata Yang Dipertua ISMA Cawangan Johor,Mohd Tahir Hamdan sebagaimana dipetik dari Ismaweb hari ini. 

Video propaganda itu dilaporkan mula dikesan dan didedahkan oleh Ismaweb (laman rasmi NGO Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA) semalam dan makluman terbaru menunjukkan video yang dimaksudkan telah pun dipadamkan dari laman Youtube selepas pendedahan tersebut tetapi sempat diambil oleh rakan saya seperti video di atas.Dalam perkembangan yang sama terdapat laporan mengatakan terdapat desakan dari umat Islam di Johor yang mahukan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjuran festival yang menimbulkan keresahan umum itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

HAMIDIsP said...

Jika umat Islam kuat iman dan tidak berpecah belah, perkara begini tidak akan mendatangkan sebarang masalah sebenarnya..

Anonymous said...

Tidak perlu jadikan Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya sebagai negara bukan Islam.

 
 
Blogger Templates