Social Icons

Pages

Tuesday, June 02, 2015

KANTOI !!! @SAIFULBUKHARI TARIK SAMAN !!! KEPADA PUAK #PAKATAN #PEMBANGKANG !!! ADAKAH @ANWARIBRAHIM TAK BUAT BENDA SAMA ???


Keputusan Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik saman beliau terhadap bekas Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipergunakan barisan peguam PKR yang mewakili Anwar dalam kes itu.Apa tidaknya,Latheefa Koya dengan pantas berkata bahawa hakikat yang Saiful menarik balik tindakannya itu,lebih membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya itu pada 2008.Saiful bagaimanapun tampil menyenaraikan alasan tindakan beliau itu menerusi coretan di laman blog beliau dengan tajuk, ‘Terus ke hadapan’

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke atas DSAI pada 2008.Perkara ini dibuat atas beberapa sebab ; 

Pertama,

Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara.Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah.Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan. 

Kedua,

Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar. 

Ketiga,

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. 

Sekian kenyataan saya.

Terus Istiqamah, 

SAIFUL BUKHARI AZLAN

p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman terhadap saya pada tahun 2012 “Anwar tarik balik saman terhadap Saiful” http://www.malaysiakini.com/news/208677 .Saman tersebut difailkan setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun sebelum ianya ditarik balik.

APA KATA ADA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates