Social Icons

Pages

Tuesday, July 14, 2015

BREAKING NEWS !!! KEPUTUSAN #1MDB TELAH DITERIMA !!! TIADA SALAH LAKU !!! ADA FAHAM KAAA ????


Semua pihak diminta mengentikan tuduhan tidak berasas kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas siasatan Jabatan Audit mendapati tiada bukti salah laku berkaitan aktiviti syarikat tersebut.Menteri Kewangan Kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,menerusi satu kenyataan semalam berkata beliau berharap semua tuduhan tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion atau pemindahan AS$700 juta kepada individu tertentu,dihentikan kerana laporan awal siasatan Jabatan Audit mendapati tiada bukti salah laku berkenaan. 

"Adalah menjadi harapan saya semua dakwaan tidak berasas dihentikan. Kita perlu bersabar dan menunggu laporan akhir Jabatan Audit dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC)," katanya. Menurutnya,kerajaan komited untuk memastikan isu berkaitan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan dengan memberi tumpuan kepada rancangan rasionalisasi syarikat pembangunan strategik itu."Matlamat daripada pelan rasionalisasi itu ialah menyeimbangkan aset dan hutang 1MDB untuk menampung struktur kewangan dan memastikan kemapanannya pada masa depan," kata Ahmad Husni.

Kabinet 29 Mei lalu melantik Ahmad Husni sebagai jurucakap kerajaan bagi menjawab persoalan berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB.Sebelum ini firma penarafan kredit Fitch Ratings Mei lalu menyifatkan bank-bank Malaysia terbukti mengamalkan dasar pinjaman berhemat yang dijangka dapat meminimumkan potensi impak masalah daripada mana-mana peminjam tunggal. Fitch turut menyifatkan isu-isu 1MDB yang dibebani hutang besar adalah 'satu kebiasaan' dan tidak mencerminkan risiko serius yang berleluasa.Namun,tegasnya,masalah 1MDB itu hanya menambah bebanan persekitaran operasi Malaysia yang sedia mencabar pada masa terdekat.Selain itu,peningkatan hutang isi rumah sejak beberapa tahun lalu misalnya,berkemungkinan menjadi cabaran penggal pertengahan yang lebih besar bagi sistem pengurusan jika pertumbuhan kredit sebenar tidak dikekang dan kelemahan ekonomi terus ketara. 

Ini diburukkan lagi dengan perkembangan melibatkan komoditi dan kelemahan pasaran kewangan yang mencetuskan ketidaktentuan terhadap prospek ekonomi Malaysia.Malah,faktor berkenaan dianggap sebagai punca pembatalan rundingan penggabungan mega CIMB Group, RHB Capital dan MBSB, pada Januari lepas."Kami percaya kesemua risiko ini mampu diuruskan sistem sedia ada tanpa membabitkan sebarang kesan kelembapan ekonomi yang berpanjangan atau kadar pengangguran tinggi yang ketara.Ini disebabkan kerajaan telah pun menangani isu ini dengan langkah makro yang berhemat selain memperketat peraturan yang ada sejak beberapa tahun lalu," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Unknown said...

Tuan minta tolong link blog Sarawak Guerreiro http://sarawakguerreiro.blogspot.com/ di blog tuan. Terima kasih

Anonymous said...

Baru laporan awal badut rakyat dah pukul canang 1MDB tak salah.

- 42 billion hilang
Memang lah betul sebab 42 billion tu hutang

- 1mdb salur 700juta acc individu
Memang lah tiada. Sebab 1mdb diposit ke acc syarikat lain. Syarikat lain baru depositkan ke individual.

Ini baru laporan awal.

Anonymous said...

Hahaha, ada org panas nampak..lepas ni beratur la masing2 gi mintak maaf kat PM..

Anonymous said...

Mahathir dah pnas punggung

Dia dah byk kantoi!!

Dulu kata 42 billion hilang,(statement paling jahat yg dia buat)
Lepas tu kata bukan 42, 27 billion yg hilang
Lepas tu bila dah terbukti, tak hilang, dia divert pulak kata "kenapa hutang banyak sgt"....

Lepas tu macam macam keluar...

Masalah dgn Tun M ialah dia ingat dia betul....bila sekarang ni org semua dah tahu, dia dapat info dari sumber yg salah dan palsu.

Aku risau nanti bila siasatan 1MDB selesai, dia akan dihumban kedalam penjara kerana memfitnah 1MDB...

We wait n see...!!! The hunter become hunted

Anonymous said...

BERITA TERBARU! PANAS! PANAS! PANAS!

Kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang

``Sebenarnya, transaksi USD700 juta yang menimbulkan banyak persoalan serta mencurigakan memerlukan Jabatan Audit Negara lebih banyak masa untuk siasatan lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir.”

Intipati yang boleh diambil adalah ;

memang benar, memang sahih lah, wujud USD700 juta itu dan ianya bukanlah cerita yang di reka-reka!

Apakah Tindakan Seterusnya?;
Dato Seri Najib, letak jawatan aje lah , lihat Pak Lah yang bersara tu takda orang kacau lagi dah, kami rakyat marhaen pun tak nak perkara ini berpanjangan, kerana kami lebih sayangkan alif ba ta!

Anonymous said...

Berapa kali nak bagi tau, Tun bukan pertikai 42 b tu hilang, dia cuma pertikai baki 27 b tu.... masaalahnya, !MDB tak boleh tunjuk mana duit tu pergi.... macam juga bila PM ditanya ada wang us700 juta telah masuk keakaun dia (wsj tak kata duit 1MDB.. ingat tu) tapi yang dia jawab ialah dia tak guna duit 1MDB a.k.a duit rakyat... apa jwp ni? lain yg ditanya, lain yg dijawab.
mamat2 kat atas tu yang terhegeh2 seronok tu biar berakal sikit...

 
 
Blogger Templates