Social Icons

Pages

Saturday, July 25, 2015

BREAKING NEWS !!! TAUKE JUDI TAJA SAMBUTAN HARI JADI #TUNMAHATHIR ??? FUYOOOO !!!


Sejak semalam,timeline Facebook penuh dengan gambar-gambar yang diambil sempena sambutan hari jadi mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang disambut secara besar-besaran.Walaupun ada yang memuji,namun tidak kurang juga ada yang mengutuk majlis sambutan itu kerana disifatkan ia agak keterlaluan tambahan pula majlis tersebut dikatakan telah dibiayai sepenuhnya oleh towkeh judi,Tan Sri Vincent Tan. 

Ini disebabkan kerana,majlis itu disifatkan tidak selari dengan kenyataan Mahathir sebelum ini yang sebelum ini sering mengecam isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kerana dikatakan suka bermewah-mewah di saat rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.Malah Tun Mahathir juga sebelum ini sering mengambarkan dirinya sebagai seorang insan yang zuhud yang kononnya lebih gemar hidup secara sederhana.Malah para penyokong beliau juga sering menyebarkan gambar-gambar Tun Mahathir berkain pelikat,berjalan di pasar-pasar malam dan sebagainya semata-mata untuk menarik sokongan rakyat. 

Malah ketika bulan Ramadhan yang lalu,laman-laman Facebook yang menyokong beliau sering menyebarkan gambar-gambar Tun Mahathir sedang membeli juadah di bazar Ramadhan seperti rakyat marhaen.Namun majlis sambutan malam tadi,jelas membuktikan Tun Mahathir bukanlah seorang yang zuhud seperti yang cuba digambarkan.Ini kerana manusia yang suka hidup secara sederhana tidak akan membazir dengan majlis sambutan hari jadi seara besar-besaran.

ANDA NAK LAGI GAMBAR ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

15 comments:

Anonymous said...

Nak panggil rasmi apa2 pun kena sumbang dulu baru Tun M layan.. zuhud apanya.

Anonymous said...

Bila pulak tun mengaku zuhud?Sekadar nak buruk kan Tun.. tak payah lah..

Unknown said...

Yang sponsor seorang tauke.biarlah asal tak pakai duit rakyat sudah.Admin mata merah nampak!!!

Anonymous said...

Ada pakai duit rakyat ke? Check wallet masing2. Kot2 duit dh 'hilang'.

Anonymous said...

Ucapan Negarawan Tun paling best pd birthday boy Najib.

“I hope he gets to retire peacefully and enjoys his retirement,” Dr Mahathir told reporters at Berjaya Hotel last night when asked what was his birthday wish for Najib."

Kah...kah...kah....kah....

Anonymous said...

sponsor kan apa ada hal....vincent tan tu kawan lama Tun..org jemput kena lah datang..

hangkedee said...

Tajaan Dan Sapuan bunyi serupa TAPI mana nya lain.... 22 tahun kenapa Tak berbunyi

Anonymous said...

Tan Sri Vincent Tan merupakan antara konglomerat Malaysia, Taikun Cina yang menguasai dunia perniagaan Malaysia. Beliau Berjaya kerana dibantu dengan kecekapan Tun Mahathir mentadbir ekonomi Negara dahulu. Atas Dasar mengenang budi juga kerana terbaca nukilan Tun Mahathir yang beliau akan pergi selamanya tidak lama lagi, terpanggil hati TS Vincent anak beranak ini untuk mengenang jasa baik Tun Mahathir kepada Negara dan secara langsung kepada kemajuan mereka dalam perniagaaan. TS Vincent Tan juga sahabat baik kepada DS Najib, malah antara penyumbang besar dana kepada kempen pilihanraya parti BArisan Nasional. Jadi tidak hairan mereka menaja sambutan hari ulang lahir Tun Mahathir, tak luak pun duit rakyat. Cina Konglo ini hanya mengeluarkan setitik daripada lautan kekayaan mereka. Besar harapan kami rakyat Malaysia semoga 1MDB ini akan dapat diselesaikan secara terbaik. Makin hari makin rumit, makin hari makin ramai pulak akan ditahan untuk siasatan. Walaupun awal2 cabinet Najib kata 1MDB takde sebarang masalah. Ujian besar buat Najib juga Negara ini malah dengan semakin hampirnya perjanjian TPPA yang dikatakan akan menjajah Malaysia dalam bentuk dakyah moden Yahudi. Nauzubillahiminzalik.

Anonymous said...

GINILAH...untuk Najib,..semua tak bolih ..berbaik dgn singapura tak leh,berbaik dgn amerika, tah leh....dan banyAk lagilah....Najib dan anak beranak tak leh jadi kaya jauh sekali jutawan,...buat majlis kahwin anak besar sikitpun tak leh...semuanya taklehlah....hipokrit...tahap..entah apa nak cakap yeee..

Anonymous said...

Tiap2 hari saya sebagai rakyat biasa berdoa kepada allah semuga masih ada jalan penyelesaian perselisihan pendapat antara Tun dan DS Njib.

Anonymous said...

Selamat hari lahir Tun yang dikasihi.

Anonymous said...

Kenapa Vincent Tan kenapa tidak Mokhzani, Mirzan, Mukhriz atau pun Marina. Kerana Tun bukan mendahului anak-anaknya. Mana ada anak-anak Tun yang jadi jutawan. Mana ada anak-anak Tun yang dilantik sebagai Menteri, mana ada anak-anak Tun berdemo semasa Tun jadi PM.

Tun hebat memperjuangkan DEB. Mana ada Vincent Tan, Ananda Krishna, Robert Kouk masa zaman Tun. Yang ada Daim,Tajudin Ramli, Tan Sri Yahya, Samsudin, Halim Saad, banyak lagilah.

Hebat Tun. Sebut nama Tun saja Soros pun ketaq lutut. Sebut nama Tun saja Anwar lari terkengkang-kenkang. Namun sebut nama Tun saja Najib tetap steady! ampuh seperti aruah bapa dia yang mengembalikan Tun ke arena politik negara.

Tun, maaf ia, anda adalah seorang manusa yang riak kerana termakan pujian dan sanjungan. Tak perlu anda atau pembodek-pembodek anda menafikan kenyataan ini. Rakyat sedang memerhati dan menilai anda sejak akhir-akhir ini.

Unknown said...

Heran aku,melayu malaysia ni ramai sungguh yang mata merah kat TUN ni eh.anak2 tun ada ambil harta dorang ke?

Anonymous said...

Anon 6.11 PM tu mabuk ketum ka?.......

Anonymous said...

Bila dah terlalu lama berkuasa akan datang sejenis penyakit Meroyan Kuasa. Penyakit ini sering hinggap apabila seseorang itu tidak berkuasa lagi.

Di antaranya Tun Mahathir, Lee Kuan Yew, Anwar Ibrahim, Rafidah, Sammy Vellu dan ramai lagi.

Mereka jadi resah melihat kuasa yang suatu ketika itu mereka yang punya telah beralih kepada orang lain.

22 tahun beb buka sekejap, jika anak perempuan dah masuk kategori kembang sangat-sangat. Tun ni dah termasuk dalam kes kronik. Kena buat MRI

 
 
Blogger Templates