Social Icons

Pages

Friday, July 31, 2015

KANTOI !!! DRAF PERTUDUHAN !!! PENIPUAN #SARAWAKREPORT DIDEDAHKAN !!!


Sarawak Report Buat Fitnah Lagi Portal yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak. Format Waran Tangkap bukan begitu.Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit. Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu,nombor itu tiada.Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan.

Pertama,Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.Keduanya,dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja.Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap? Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.


Malam jumaat yang indah ini diganggu.Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London.Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint.Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan.Sudah sudah lah,janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini,maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.

Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya.Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud : "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya." Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.

Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.

Tindakan harus diambil terhadap pelaku,yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Razak,memandangkan perkara itu melampaui politik dan membabitkan keselamatan negara.Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak membuat desakan itu berikutan dokumen palsu berkenaan menjadi viral di internet dan media sosial.Katanya,dokumen itu adalah kertas pertuduhan palsu terhadap Perdana Menteri yang peguam negara sebelum ini didakwa sedang menyiapkan pertuduhan itu.

"Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan.Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan saja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam blog beliau,sskeruak.blogspot.com hari ini.Salleh berkata disebabkan implikasi dokumen berkenaan,ia telah menjadi viral dan ramai orang telah bercakap mengenai isu itu.Katanya,Sarawak Report,yang mendedahkan dokumen itu,mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan ia telah mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan 'pihak atasan' yang lain.Beliau berkata Sarawak Report telah membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen.

"Berita yang mereka cuba putar belitkan ialah peguam negara akan menahan perdana menteri pada hari sama beliau dipecat,bermaksud ini adalah sebab peguam negara dipecat."Tuduhan seperti itu sudah pasti akan mengecewakan ramai orang dan menjadikan mereka amat marah dan mungkin akan mencetuskan kekacauan di negara ini," katanya. Salleh menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia bahawa keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya. - BERNAMA



Dakwaan berhubung kertas pertuduhan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti dilaporkan Sarawak Report adalah palsu.Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataannya berkata kertas pertuduhan itu tidak pernah dikeluarkan Pejabat Peguam Negara,malah format yang diguna pakai juga tidak betul atau ditulis oleh jabatan itu.Mohamed Apandi berkata,siasatan Pasukan Petugas Khas berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum lengkap,menjadikan ia mustahil bagi kertas pertuduhan dibuat lebih awal.


"Dakwaan berhubung kertas pertuduhan ini menunjukkan terdapat konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dengan menjadikan beliau sebagai penjenayah dengan menggunakan kaedah termasuk memalsukan dan kebocoran jenayah.Plot ini adalah satu ancaman kepada negara ini yang mengamalkan prinsip demokrasi dan saya akan mengarahkan segala tindakan yang perlu diambil untuk menyiasat perkara ini.Segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diguna pakai tanpa sebarang pengecualian kepada sesiapa pun yang didapati bersalah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.lihat kenyataan penuh di bawah


KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA 

30 Julai 2015 

1. Dakwaan warganegara asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas Pertuduhan yang didakwa itu tidak berada di dalam dan tidak pernah sampai ke Pejabat Peguam Negara.Tambahan pula,format lembaran tidak betul atau ditulis oleh Pejabat kami.

3. Siasatan Pasukan Petugas Khas belum selesai.Oleh itu tidak mungkin dari sudut undang-undang kertas pertuduhan boleh dirangka terlebih dahulu.

4. Kertas pertuduhan yang didakwa itu menunjukkan bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat melalui menjenayah beliau,dan bahawa kaedah-kaedahnya termasuk memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Plot Ini merupakan ancaman kepada demokrasi Malaysia dan saya akan mengarahkan untuk semua tindakan yang boleh diambil untuk menyiasat.Undang-undang mutlak akan digunakan tanpa pengecualian kepada mana-mana yang didapati bersalah.

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI 
PEGUAM NEGARA MALAYSIA 

ANDA NAMPAK PENIPUAN SARAWAK REPORT ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Kamarudin Di Malaysia said...


SAYA ATAS NAMA:PAK KAMARUDIN DARI MALAYSIA

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU Aky WOWO
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISI
HUBUNGI LANSUNG Aky WOWO DI NO_085328880180 atau Lihat SITUS RESMI AKI WOWO
SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYAT SAYA.....

 
 
Blogger Templates