Amalan politik melampau di negara ini sudah mencapai tahap kritikal dan digunakan pihak tertentu bagi mengaburi pemikiran serta persepsi rakyat.Penganalisis ekonomi dan politik,Profesor Dr Azmi Hassan melihat agenda percaturan politik yang digunakan bajet 2015 sudah ke tahap melampau sehingga mampu melumpuhkan ekonomi malah menggugat kestabilan negara.
“Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri kerana strategi politik melampau akan memudahkan seseorang mengaburi pemikiran dan persepsi rakyat,” tegas Prof Dr Azmi.Pada ketika ini katanya,setiap isu yang melanda akan cuba dikaitkan dengan keadaan politik tempatan dan senario politik melampau membenarkan mereka yang menerima maklumat mempercayai tohmahan yang tidak berasas.
“Contoh nyata adalah tuduhan kejatuhan ringgit cuba dikaitkan dengan keadaan semasa politik tempatan pada hal isu ini adalah fenomena global,” katanya.
Apabila rakyat terpengaruh dengan dakwaan itu katanya,maka lebih mudah pihak yang mempunyai agenda seperti mahu menumbangkan kerajaan melalui saluran tidak sah mencapai hasrat mereka.“Begitu juga sudah ada tekanan supaya kerajaan melaksanakan tambatan ringgit padahal isu ini sepatutnya tidak timbul kerana asas ekonomi negara masih kukuh.Tekanan seperti ini yang tidak berasas tetapi dilakukan demi kepentingan politik sempit sedikit sebanyak akan gugat ekonomi negara kerana keputusan oleh kerajaan pasti dipengaruhi oleh tekanan tuduhan walaupun ianya tidak berasas,” jelasnya.
Sehubungan itu,beliau mencadangkan kerajaan mengendurkan suhu politik dengan cara mengurangkan penerangan sesuatu isu tanpa menggunakan pendekatan strategi politik.Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) katanya mampu diperjelaskan tanpa dipolitikkan lantaran ada negara lain menjadikan isu seperti 1MDB demi kepentingan mereka.
“Yakni CEO 1MDB itu sendiri sepatutnya berada dihadapan untuk menerangkan dan bukannya orang politik azmi 1mdbseperti Perdana Menteri atau Menteri,” katanya.Menurutnya,adalah lebih mudah dan terang maksudnya jika kerajaan mematahkan serangan bermotif politik dengan strategi pertahanan yang tidak berasaskan politik juga.
“Dengan kaedah ini rakyat akan menilai pihak mana yang perlu diletakkan sebagai kepentingan negara di hadapan,” katanya.
Selain itu,beliau juga menggesa rakyat agar bersikap adil kepada semua pihak,menilai berita yang diterima terlebih dahulu sebelum mempercayainya.
“Sikap orang Malaysia kini sebaliknya,yang fitnah dipercayai,yang fakta dikemudiankan,ditolak tepi,ini tidak sihat,maka nampak seolah kita tidak matang menggunakan kemudahan media sosial,sepatutnya,kita lebih bijak kibar bendera malaysiatetapi makin mundur apabila sama-sama menyebarkan fitnah dan terperangkap dengan berita negatif,” katanya.
Beliau menutup temubual dengan menyatakan bahawa penilaian yang saksama hanya mampu tercapai jika pengaruh pemikiran politik berada di tahap minima.Jika tidak penilaian sentiasa berat sebelah, katanya lagi.
Oleh : AZMAH DAHARI
BNBBC
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment