Social Icons

Pages

Thursday, August 13, 2015

BREAKING NEWS !!! #MENTERIBESARSELANGOR YANG BARU AKAN DITERAJUI OLEH #DAP ???


Jawatan Menteri Besar Selangor bakal diterajui oleh calon DAP selepas Pilihan Raya Umum akan datang jika parti Melayu terus bertelagah sesama sendiri.Kebimbangan tersebut disuarakan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa),Abu Bakar Yahya yang menyifatkan keadaan tersebut tidak mustahil berlaku susulan situasi politik di negeri ini yang menyaksikan keretakan hubungan di antara parti Melayu,yang seterusnya mempengaruhi hubungan dalam kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. 

“Walaupun keretakan kedua-dua parti itu wujud,namun DAP dilihat terus konsisten dalam usahanya untuk menarik sokongan pengundi,termasuk turut mengerakkan kempen menarik lebih ramai orang Melayu untuk menyertai parti mereka.Bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA),Dr. Abdul Aziz Bari yang sebelum ini merupakan ahli PKR juga mengumumkan menyertai DAP baru-baru ini.Jika DAP menang besar kerusi DUN,maka tidak hairan jika parti itu akan menguasai kerajaan negeri termasuklah meletakkan wakilnya sendiri sebagai Menteri Besar.Ini kerana,dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 menetapkan perlantikan Menteri Besar haruslah dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam,” ujarnya menerusi laman Facebook Perkasa Selangor. 

Abu Bakar berkata,Perkasa bukan menolak proses demokrasi,namun keadaan ini sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan terhadap kedudukan politik orang Melayu pada masa depan termasuklah di Selangor,ekoran pendirian DAP sejak dahulu lagi yang dilihat lantang menentang perkara melibatkan Islam dan Melayu.“Ini kerana, DAP selama ini dikaitkan dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ selain pendirian parti itu yang jelas menolak hukum Islam melibatkan soal pelaksanaan hudud,” katanya.“Perkasa juga melihat ada berlaku kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika ini yang memerlukan rakyat di Selangor membuat keputusan bijak dalam memilih siapa yang bakal menerajui kerajaan negeri” ujarnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates