Social Icons

Pages

Sunday, August 23, 2015

KANTOI !!! #DEIG #AZMINDEIG ADA KENE MENGENA DENGAN #PRU14 ???


Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) didakwa mempunyai kaitan dengan persiapan pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Peguam,Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata,syarikat tersebut juga mungkin diwujudkan bagi mengelakkan mekanisme sekat dan imbang dalam enakmen-enakmen berkaitan,Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor serta Jawatankuasa Pi­lih­an Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). 

“Tidak mungkin kerana pengurusan yang lebih cekap dan proses membuat keputusan yang lebih pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Sidang DUN Selangor Rabu lalu menjadi ‘panas’ apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada DAP mendesak supaya penubuhan DEIG dikaji semula memandangkan syarikat tersebut ditubuhkan melalui Akta Syarikat 1965 yang sekali gus bermakna segala aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan tidak perlu dilaporkan kepada DUN.Pada hari yang sama,sebuah portal be­­ri­­ta mendedahkan rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Sela­ngor,Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor,Soffan Affendi Aminuddin. Menurut portal tersebut,pe­gangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Se­langor. 

Mohd. Hafarizam menambah,seperti syarikat swasta lain,DEIG mesti menyerahkan akaun yang diaudit dan membayar cukai kepada pihak berkuasa berkaitan.Menurut beliau,DEIG adalah berbeza dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu diaudit oleh Ketua Audit Negara dan melapor kepada Kementerian Kewangan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Wang awam dan harta benda awam hendaklah dibentang kepada awam. Ini macam ada salah laku dalam pengurusan harta benda awam. AG patut siasat hal ini dan bawa ke muka pengadilan. Untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan seterusnya, DEIG patut dibekukan sehingga keputusan yg relevan diambil.

Anonymous said...

Oooooo mak ai, pahal kedua-dua saham tiap satu bernilai RM1 kepunyan DEIG itu dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Sela­ngor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin?

Kalau betul rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan begitu, Azmin Ali dah mengarut. Apa plak di pegang dek individu? Nak tipu rakyat ke?

Pada hal laman web DEIG menunjukkan DEIG ada lah 100 peratus milik penuh MBI Se­langor. In orang semua ingat pengundi Selangor bodoh ke? Ingat itu semua, wahai pengundi di Selangor.........

 
 
Blogger Templates