Social Icons

Pages

Wednesday, August 19, 2015

KANTOI !!! KISAH SEBENAR #AZMINALI TAK TIDUR 2 BULAN DIDEDAHKAN !!!


Jika ada individu mendakwa kononnya beliau tidak boleh tidur selama 2 bulan gara-gara masalah negara,saya juga sebenarnya ingin meluahkan kesengsaraan yang saya pendamkan sekian lama.Cerita sini habis sini ye pembaca Badut Rakyat.sebenarnya saya dah  6 tahun tidak boleh tidur memikirkan masalah pelaburan asing dan kadar pengangguran yang meningkat gara-gara masalah air yang masih belum selesai gara-gara tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan sumber penting dalam merencana pertumbuhan ekonomi negeri.Sekalipun satu ketika saya sudah berasa lega tentang status kemelut ini, “Langkah Kajang” telah membunuh impian untuk menikmati tidur yang lena gara-gara memenuhi kehendak pihak-pihak tertentu yang mahu merubah pimpinan pentadbiran kerajaan negeri. 

Kemelut ini berpanjangan pula sehingga saya masih belum dapat menikmati tidur yang lena sehinggalah ke saat artikel ini ditulis.Status “Selangor Negeri Maju” sudah hilang serinya,hanya tinggal retorik dan angan-angan semata-mata.Bagaimana boleh untuk saya tidur,apabila sering terbayang-bayang dan terngiang-ngiang,akan situasi-situasi ditertawakan oleh rakan-rakan dari luar negara di dalam forum-forum berkenaan air dunia,apabila menempelak daya dan kemampuan kerajaan negeri dalam mengurus air dalam keadaan negara ini menerima hujan lebat hampir sepanjang tahun, yang menyaksikan logik akal bahawa sumber air tidak seharusnya berkurangan.selama 3 tahun kebelakangan ini pula,saya tidak boleh tidur memikirkan bahawa ramai,termasuk pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat untuk memahami,bahawa isu sebenarnya bukanlah tentang bekalan air mentah,tetapi loji rawatan untuk memproses air terawat agar boleh disalurkan kepada rakyat. 

Tidur hanyalah angan-angan bagi saya,gara-gara negeri diurustadbir oleh mereka-mereka yang tidak terkesan dengan bekalan air atau catuan yang dikenakan.Sedangkan,kita melihat bagaimana anak-anak,golongan tua terpaksa menunggu lori-lori yang membawa bekalan air ke kawasan-kawasan kediaman mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.Tidak mustahil,anak-anak kita juga akan senasib dengan anak-anak itu atau ibu dan bapa kita senasib dengan golongan tua itu. Tidur masih jauh untuk dinikmati,apabila wujud pula kemungkinan akan kenaikan tarif air.Selangor ku berkebajikan katanya.6 tahun saya menderita,tidak boleh tidur gara-gara memikirkan krisis bekalan air di Selangor,yang menjadi punca kepada pelbagai masalah-masalah yang timbul. 

Kerajaan negeri memaklumkan akan muktamadkan pada September dan saya benar-benar runsing.Loji Langat 2 mungkin akan siap 2017 atau 2018.6 tahun penulis saya boleh tidur,kini harus menunggu sehingga 2018 pula.Ketiduran di dalam mimpi,bagaimana untuk bermimpi jika tidur pun tidak ku nikmati.6 tahun,bukan setakat 2 bulan tau pembaca Badut Rakyat.lepas tu kata tarif air naik pulak lepas ni,untung laaa jadi rakyat selangor !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates