Social Icons

Pages

Wednesday, August 19, 2015

RM2.6 BILION !!! ZAMAN #TUNMAHATHIR PUN DUIT UMNO TAK MASUK AKAUN PARTI !!! MACAM MANA PULAK TU ???


menurut pengakuan bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.cc pada 2008, ketika beliau meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan menyerah kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) pada 2003,sejumlah RM 200 juta wang tunai milik UMNO,diserah kepada Abdullah.Selain tunai,turut diserahkan ialah saham-saham dan harta milik UMNO yang keseluruhannya berjumlah RM 1.4 billion.Kita yakin bahawa wang ini tidak disimpan di dalam akaun parti sebab itulah ia perlu ‘diserahkan’ kepada Abdullah secara berasingan.Kalau wang itu duduk dalam akaun parti,tidak perlu serah menyerah ini semua.Ini bukti bahawa ketika beliau menjadi Presiden UMNO pun,wang parti tidak dimasukkan dalam akaun parti. 

Agak hairan kenapa sekarang beliau bertubi-tubi mendesak Datuk Seri Najib menjawab kenapa wang RM 2.6 billion pada tahun 2013,tidak dimasuk dalam akaun parti,sebaliknya akaun peribadi.Jika jawapannya wang RM 200 juta (yang diserah kepada Abdullah),dipegang oleh pemegang amanah yang dilantik (seperti mana termaktub dalam perlembagaan UMNO),maka apa bezanya dengan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib ??? Datuk Seri Najib selaku Presiden parti juga dibenarkan perlembagaan UMNO menyimpan wang parti atas namanya sendiri.Seperti mana harta dan wang tunai UMNO dipegang pemegang amanah atas nama mereka sendiri pada zaman Tun Mahathir.Mana-mana satu pun tak masuk akaun partilah ceritanya sekarang ni.Bolehlah kiranya wang parti tak masuk akaun parti,jadi buat apa nak bising sekarang,amalan ini dah berjalan dari dulu pun. 

Datuk Seri Najib buat pengetahuan semua,tidak ada keperluan dari segi undang-undang untuk menjelaskan dari mana dan kemana wang itu pergi kerana seperti yang disebutkan ia adalah derma politik.Semua parti politik di negara ini pun menerima derma politik, nak dedah atau tidak sahaja itu persoalannya.Dalam kes RM 2.6 billion ini,Datuk Seri Najib kita percaya dikhianati orang kepercayaannya ketika itu yang membocorkan maklumat tersebut kepada media asing seperti WSJ dan media penipu seperti Sarawak Report,bukan beliau suka-suka dedah.Kita pun tidak desak Tun M menjelaskan benarkah wang UMNO ketika itu (2003) hanya berjumlah RM 200 juta sahaja,kalau lebih macam mana ??? Desak pun tidak guna kerana sama seperti sekarang,tidak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan dana politik kepada sesiapa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates