Social Icons

Pages

Tuesday, August 11, 2015

KURANG AJAR !!! #NURULIZZAH BUAT HAL LAGI KAT #SARAWAK !!! APA CERITA NI ???


tu diaaa !!! lepas masuk sarawak nurul izzah buat hal lagi !!! beliau mengecam Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam satu sesi ceramah PKR di Sibu malam kelmarin.Anak gadis Anwar Ibrahim ini memperli 

"ramai rakyat Sarawak yang "sayang" kan Tok Nan kerana ramai yang merasa ada ruang untuk berubah namun beliau (Nurul) adalah di antara mereka yang paling terkecewa dengan kenyataan Tok Nan di Stadium Sarawak yang menyokong Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri yang baharu Datuk Seri Zahid Hamidi".

Nurul mempertikaikan Adenan,yang beliau (Nurul) dakwa telah mengeluarkan kenyataan,"mengutamakan rakyat Sarawak" dan "tidak mahu memberi penghormatan kepada pimpinan Semenanjung tapi berdiri sebaliknya teguh berdiri dibelakang Perdana Menteri dan Timbalannya." 

saya nak bertanya sedikit kepada Nurul Izzah,bila dan di manakah Tok Nan pernah mengeluarkan kenyataan : "tidak mahu memberi penghormatan kepada pimpinan Semenanjung" ??? Tolong berhati-hati sedikit ketika berceramah di Sarawak ye,jangan terbawa gaya fitnah-menfitnah sepertimana yang diamalkan oleh pembangkang di Semenanjung.Seperkara lagi,apakah selama ini Pengerusi PKR Negeri Baru Bian dan barisan pemimpin PKR Sarawak "tidak memberi penghormatan kepada pimpinan PKR Semenanjung" ??? mantan Ketua De-facto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim (bapak Nurul),Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (emak Nurul) dan Nurul sendiri ??? 

Untuk menjawab soalan diatas,seseorang pemimpin haruslah disokong dan dihormati maka itulah dilakukan oleh Tok Nan sekarang.Tok Nan memang mengutamakan rakyat Sarawak dan biarpun baru memegang pucuk kepimpinan negeri ini selama 15 bulan,banyak dasar dan polisi telah diperbaiki demi untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.Dalam masa yang singkat,Tok Nan telah menurunkan harga elektrik di seluruh negeri Sarawak bahkan,tarif elektrik Sarawak kini adalah di antara yang terendah di Malaysia dan rantau ini.Tol di Jambatan Lanang,Sibu sudah di mansuhkan sementara tol di Jambatan Tun Salahuddin, Kuching sedang dalam perbincangan untuk dimansuhkan. Semua perkhidmatan 12 buah feri di seluruh negeri Sarawak yang di anggarkan dengan bayaran RM5 ke RM10 telah di seragamkan caj feri kepada hanya RM1.Untuk memastikan Sarawak tidak hilang punca pendapatan,Tok Nan telah memerangi aktiviti curi pokok kayu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sesuka hati secara besar-besaran yang menyaksikan tahun ini sahaja,sebanyak 200 lebih serbuan telah dibuat dan banyak kayu telah di rampas serta banyak tangkapan yang telah di buat. 

Mengenai tuntutan royalti minyak,Adenan telah berikrar tidak akan berhenti mendesak untuk mendapat royalti lebih dari lima peratus.Pelbagai projek bernilai ratusan juta ringgit telah atau sedang dilaksanakan oleh kerajaan Tok Nan dan ini semua adalah untuk rakyat negeri ini.Pesanan ikhlas dari saya kepada Nurul atau mana-mana pemimpin pembangkang,khususnya yang cuba menyerang Tok Nan,buatlah kerja rumah terlebih dahulu sebelum datang ke sini memburuk-burukkan Ketua Menteri sarawak.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

What a bitch!

Anonymous said...

budu...ko ingat Cm sarawak ni x bt keja ker...byk lah dia perjuangkan untuk org sarawak...ko dtd sini nak hasut org.... baik tak payah...ko muda lagi lah p main jauh2..suh..suh..hehehe

 
 
Blogger Templates