Social Icons

Pages

Wednesday, August 05, 2015

WARKAH UNTUK #TUNMAHATHIR !!! BENARKAH #VINCENTTAN DERMA RM4000 JUTA KEPADA #DAP ???


Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.

2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran,semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999.Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor,Pulau Pinang,Kedah,Perak dan Kelantan.

3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008,Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya.5 negeri milik pakatan rakyat,3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar.Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.

4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”.Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia.Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang berifat telunjuk lurus kelingking berkait.Ini semua Tun tahu dan faham.

5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO,membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.

6. Tun sendiri menulis,“Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO,saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi.Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit.Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”

7. Pada 2008 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah,Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai,aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.

8. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya.Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah,orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.

9. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.

10. Tun siasat atau beritahu kita,betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan,ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini,telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun,dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.

11. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL,Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

12. Malangnya,Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO,parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.

13. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.

14. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.

15. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Kecewa Mahathir berpihak pada pembangkang ketika ini. Rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun kebawah lebih mudah terpengaruh dan termakan fitnah pembangkang.

Anonymous said...

Tun tak jaga duit Vincent Tan.

Anonymous said...

Zaman tun berapa ramai yg celik IT,berbeza dengan situasi sekarang. Orang sedang punggut kotak dekat pembuangan sampah pun dapat ekses internet dan merasa gembira bilamana mendapat berita terkini dari pengfitnah yang cuba memutarbelit fakta dan cerita. Apatah lagi si pemunggut kotak tadi hidup serba daif dan tidak berpelajaran pasti akan mudah terpedaya dengan dakyah berita palsu yang di viralkan. Boleh dikatakan zaman sekarang semua orang bermula dari masuk tadika lagi sudah ada account facebook dan wassup sendiri. Celik IT lah katakan.

Anonymous said...

Blogger bangan dah tak ada isu...wei bangang2 semua..Tun M dah tak jawatan la...ko jawab ja la mana bos kobdapat 2.6 billion tu...dasar kaki rasuah lepas tu kata derma macam pukimak najib dan macai2 nya..

Anonymous said...

Tun M....lebih sayangkan jutawan2 cinapek daripada orang Melayu di kampung2.

Kesian Najib terpaksa membaiki segala kemiskinan hasil 22 tahun Tun M yang memperkayakan puak2 cinapek sampai sekarang puak2 cinapek DAP adalah makhluk paling kurang ajar di Malaysia.

Barua2 dapig pun sama kurang ajar jugak.

HAMIDIsP said...

Semakin huru hara nampaknya..

Anonymous said...

Dah cakap jgn lah mahadey cari aib orang nanti Allah yang buka aib Mahadey so beristighfar lah kerana selama ni orang seperti mahadey ni bertungkus lumus membangunkan negara tetqpi dalam masa yang sama mengkayakan Kroni2 yang jelas menyokong Pembangkang .Ini kerja yang sungguh sia2 kerana kroni tu bukan nak tolong UMNO tapi nak Menjahanamkan negara yng dipimpin oleh Pemimpin Islam.itulah dosa yang paling besar Mahadey buat untuk rakyat Msia.

Anonymous said...

Hang tak de kerja ke badot?...asyik dok melalut je....cian bodo....

 
 
Blogger Templates