Social Icons

Pages

Wednesday, September 30, 2015

BREAKING NEWS !!! PARTI #AMANAH ADALAH PARTI HARAM ??? APA CERITA NI ???


Sehingga hari ini saya masih belum menemui sebarang maklumat rasmi berhubung kelulusan penubuhan Parti Amanah Negara dari Pendaftar Pertubuhan.Sungguhpun mendakwa mereka menggunakan pendaftaran yang sedia ada,Parti Pekerja-Pekerja Malaysia,namun organisasi ini bukanlah sebuah parti politik,tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja.mirip kepada kesatuan sekerja.Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia,adalah menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan kuncu-kuncunya untuk meminda perlembagaan parti tersebut dan diubah selari dengan ciri-ciri parti politik.Oleh yang demikian,kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah menukar nama semata-mata,seperti mana kelaziman yang menjadi santapan halwa telinga ini tatkala menikmati aroma kopi kala malam hari.Mungkin tidak ramai yang tahu,betapa beruntungnya menjadi organisasi berstatus “haram” di Malaysia,kerana cukup dengan hanya gimik pelancaran dan liputan media,maka segala aktiviti parti secara terbuka sudah boleh bermula. 

Itulah yang berlaku ke atas beberapa organisasi seperti BERSIH dan juga Parti Amanah Negara.Tanpa perlu kelulusan pun,mereka sudah boleh bergerak bebas.Jangan hairan kalau selepas ini,Parti Amanah Negara (berstatus “haram” ketika ini) menganjurkan himpunan Jingga minggu hadapan,tanpa peduli samada diluluskan atau tidak.Jangan pula terkesima jika mereka beri alasan,aktiviti parti saban minggu dianjurkan dan tidak pernah ada halangan oleh pihak berkuasa,mengapa tidak boleh anjurkan himpunan Jingga.Ketika kita tahu orang kita cukup bertolak ansur dan bertimbang rasa,rasanya ciri-ciri tersebut tidak sesuai diaplikasikan oleh pihak berkuasa. 

Dengan memberi ruang dan peluang,ia sebenarnya hanya akan memakan diri sendiri.Sedang undang-undang bersifat konsisten dan “precedent”,maka dengan membiarkan mereka meneruskan aktiviti parti seolah-olah organisasi mereka berstatus “sah”,maka jangan hairan jika nanti mereka ibarat “sudah dapat betis, mahu peha pula”. Untuk kader-kader Parti Amanah Negara (berstatus “haram”) pula,jangan hendaknya kelak nanti menuduh kerajaan zalimi parti mereka.Itu kufur nikmat namanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates