Social Icons

Pages

Wednesday, September 30, 2015

BREAKING NEWS !!! PARTI #AMANAH ADALAH PARTI HARAM ??? APA CERITA NI ???


Sehingga hari ini saya masih belum menemui sebarang maklumat rasmi berhubung kelulusan penubuhan Parti Amanah Negara dari Pendaftar Pertubuhan.Sungguhpun mendakwa mereka menggunakan pendaftaran yang sedia ada,Parti Pekerja-Pekerja Malaysia,namun organisasi ini bukanlah sebuah parti politik,tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja.mirip kepada kesatuan sekerja.Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia,adalah menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan kuncu-kuncunya untuk meminda perlembagaan parti tersebut dan diubah selari dengan ciri-ciri parti politik.Oleh yang demikian,kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah menukar nama semata-mata,seperti mana kelaziman yang menjadi santapan halwa telinga ini tatkala menikmati aroma kopi kala malam hari.Mungkin tidak ramai yang tahu,betapa beruntungnya menjadi organisasi berstatus “haram” di Malaysia,kerana cukup dengan hanya gimik pelancaran dan liputan media,maka segala aktiviti parti secara terbuka sudah boleh bermula. 

Itulah yang berlaku ke atas beberapa organisasi seperti BERSIH dan juga Parti Amanah Negara.Tanpa perlu kelulusan pun,mereka sudah boleh bergerak bebas.Jangan hairan kalau selepas ini,Parti Amanah Negara (berstatus “haram” ketika ini) menganjurkan himpunan Jingga minggu hadapan,tanpa peduli samada diluluskan atau tidak.Jangan pula terkesima jika mereka beri alasan,aktiviti parti saban minggu dianjurkan dan tidak pernah ada halangan oleh pihak berkuasa,mengapa tidak boleh anjurkan himpunan Jingga.Ketika kita tahu orang kita cukup bertolak ansur dan bertimbang rasa,rasanya ciri-ciri tersebut tidak sesuai diaplikasikan oleh pihak berkuasa. 

Dengan memberi ruang dan peluang,ia sebenarnya hanya akan memakan diri sendiri.Sedang undang-undang bersifat konsisten dan “precedent”,maka dengan membiarkan mereka meneruskan aktiviti parti seolah-olah organisasi mereka berstatus “sah”,maka jangan hairan jika nanti mereka ibarat “sudah dapat betis, mahu peha pula”. Untuk kader-kader Parti Amanah Negara (berstatus “haram”) pula,jangan hendaknya kelak nanti menuduh kerajaan zalimi parti mereka.Itu kufur nikmat namanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Ya betul, pihak berkuasa mungkin terlalu lembut pd mereka. Kebanyakkan puak Pembangkang mengagungkan cara pentadbiran negara jiran spt Singapura, makanya mereka memberi contoh Singapura BERSIH kerana mentaliti rakyatnya dan pentadbiran yang baik atau pun "good governance".

Tapi jangan kita lupa, pentadbiran yg baik belum tentu bermakna pentadbiran yg lembut yg mana memerlukan ketegasan. Contoh: Buang sampah merata-rata, kena tegas laksanakan undang2 spt saman duit dan/atau servis komuniti berdasarkan jumlah jam tertentu, kalau si persalah tidak buat wajib dihukum penjara. Kalau buang parti walau dah berbaiah, kena juga laksana undang2 parti tersebut. Kalau parti tak berdaftar atau pun daftar pertubuhan tidak ikut fungsi pun sepatutnya kena hukum mengikut kesalahan juga.

Barulah boleh panggil atau bau-bau bacang sikit dgn "good governance".

Anonymous said...

Saya baca kepala berita aje. Ngata RoS dah beri kebenaran kpd Parti Amanah.

Kata pendek nya PAN. Ikut kata orang Negori, PANTAT, makna bontot.

Mana tak nya, ketua nya Mat Sabun. Yang kata kominis Mat Indera yang bakar Balai Polis Bukit Kepong Muor tuh wira. Kepala hotak dia. Dia sebat wang derma kpd magsa Memali dulu pun sengap. Gitu jugak dia sebat bini kawan dia, Normah, di Hotel Perdana. Lepas dari kes khalwat sebab Nik Aziz MB Kelantan masa itu.

PAK JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

 
 
Blogger Templates