Social Icons

Pages

Saturday, September 19, 2015

KANTOI !!! #1MDB !!! KENAPA #RAFIZIRAMLI TAK BERBUNYI PASAL ISU NI ???


Pembongkaran pihak-pihak yang menjadi dalang dalam memburukkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh pihak berkuasa ternyata mampu membuatkan Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli undur diri dan takut untuk terus berbicara mengenai 1MDB.Rafizi menegaskan dirinya tidak mahu lagi berbicara mengenai 1MDB dan membiarkan sahaja mantan Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berterusan bercakap mengenai isu ini.Ini membuktikan Rafizi yang kononnya terkenal sebagai pemimpin PKR yang bijak pandai mengenai soal-soal dokumen sulit kerajaan sudah menunjukkan dirinya takut berhadapan dengan sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh pihak berkuasa Malaysia memandangkan pelbagai pembongkaran oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab mengenai 1MDB sudah pun dikesan oleh pihak berkuasa,termasuklah Xavier Andre Justo bekas pekerja syarikat minyak Arab Saudi,PetroSaudi International. 

Malah,kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Justo difikirkan oleh Rafizi mungkin akan membuatkan dirinya terjerat dan terheret sama dalam isu yang direka oleh pembangkang ini.Justeru,dengan membiarkan Tun Mahathir sebagai pihak yang paling tinggi untuk terus berbicara mengenai 1MDB dan menipu rakyat adalah langkah yang Rafizi lihat sebagai tepat supaya dirinya tidak terjerat dengan permainan politiknya yang kotor.Mungkin juga Rafizi sudah kering idea untuk terus menembak kerajaan memandangkan sudah banyak laporan-laporan siasatan yang didedahkan menunjukkan 1MDB tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan.Buktinya,sejak Februari 2015,Perdana Menteri,Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan II dan Presiden 1MDB telah beberapa kali muncul dalam wawancara TV dan pelbagai akhbar untuk menjawab persoalan berkenaan 1MDB termasuk menjelaskan Pelan Rasionalisasi 1MDB di RTM pada 3 Jun 2015. Sehingga Ogos 2015 pula,1MDB telah mengeluarkan sebanyak 52 kenyataan akhbar bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan juga,untuk memberikan perkembangan 1MDB kepada rakyat. 

Bukan itu sahaja,Najib sendiri telah menjawab soalan-soalan lazim (FAQ) dalam blognya sendiri. Kementerian juga telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan pelbagai penerangan proaktif tentang 1MDB.Namun,Rafizi dan pembangkang masih lagi membutakan mata dan telinga untuk menerima kebenaran.Jadi,apabila sudah banyak bukti mengenai tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan itu adalah tidak benar,sudah pasti Rafizi sudah kering idea dan takut untuk terus bercakap dan mereka cerita seperti Tun Mahathir.Menggunakan Tun Mahathir adalah langkah paling selamat buat Rafizi untuk tidak menjeratkan dirinya dalam isu yang semakin serius disiasat oleh pihak berkuasa. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Rafizi tak nak jawab dan fitnah 1MDB kerana dua perkara. Pertama dia tak ada isu. Kedua dia tak ada telur.

 
 
Blogger Templates