Social Icons

Pages

Saturday, September 19, 2015

SAH !!! ISU #1MDB YANG DIMAINKAN HANYA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN !!!


penahanan seorang pemain utama dalam plot menjatuhkan kerajaan semalam membuktikan bahawa isu berkaitan 1MDB yang dijuarainya,sengaja disensasikan untuk menjatuhkan kerajaan.Ia tidak berkaitan rakyat sama sekali,sebaliknya alasan untuk menukar kerajaan secara sangat tidak demokratik,sebab itu orang ini ditangkap.Tukar kerajaan memang boleh tapi cara pilihanraya atau proses yang berlaku dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri,bukan dengan cara apa yang lain dari itu.Sebenarnya tanda tanya sudah lama bermain di kepala rakyat,bila orang ini mahu ditangkap ??? Tapi yang penting,dia yang aktif merantau kebeberapa buah negara membuat laporan ke atas negara sendiri,termasuk berjumpa dengan Claire Brown yang turut dikaitkan dengan komplot sama,akhirnya ditangkap juga. P

padanlah 1MDB nampak tidak terjejas sedikit pun kerana sememangnya banyak perkara yang cuba dikaitkan dengan syarikat itu,adalah tidak benar.Sudah lama sejak nama 1MDB disentuh.Kali terakhir dakwaan kononnya wang RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri datang dari 1MDB,itu sudah dibuktikan palsu.Wang itu adalah derma politik,tidak berlawanan dengan undang-undang sama sekali.Rakyat selepas ini bagaimanapun perlu bersedia untuk melihat bekas Perdana Menteri,Tun M pula menjadi individu seterusnya untuk ditangkap.benar atau tidak itu adalah jangkaan kerana justo telah sebut nama beliau.Pelik nampaknya kalau individu ini kena,Tun M tak kena sebab mereka diketahui begitu rapat bersama.Lagipun penglibatan Tun M dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri ini bukanlah rahsia,bahkan dia begitu terbuka tentangnya.Permainan licik Tun M bagaimanapun memungkinkan dia terlepas dari sebarang tindakan undang-undang.Dia tidak pernah dilihat melibatkan diri secara langsung,dia hanya jadi pak dalang di latarnya sahaja. 

Yang buat laporan polis merata tempat tentang 1MDB bukan dia,tapi orang suruhannya yang ditahan semalam.dia hampir tak terlibat apa-apa kecuali penglibatan menulis dalam blog,sentuh dalam ucapan,setakat itu sahaja.Lagipun Tun M begitu menjaga percakapannya.Dia akan memastikan apa juga ayat yang keluar dari mulutnya hanya berkaitan nak menjatuhkan Perdana Menteri,bukan kerajaan.Sebagai bekas Perdana Menteri,dia tahu salah untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik,jatuh Perdana Menteri tak apa.Itu yang ajak pembangkang jatuhkan Datuk Seri Najib,tapi tak jatuhkan BN.Macam mana jatuh Datuk Seri Najib tak jatuh BN bila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri hasil vote of confidence dari ahli-ahli parlimen BN di Dewan Rakyat ??? Rupanya ia memang dirancang sebegitu rupa supaya Tun M tidak boleh dilihat cuba menjatuhkan kerajaan,hanya nak jatuhkan Datuk Seri Najib.Kita bagaimanapun simpatilah dengan orang suruhannya yang ditahan.Dia mungkin hanya jadi mangsa permainan politik Tun M sahaja.saya hormat pada Tun M tapi anda lihat sendiri permainan beliau.kenapa tak jumpa saja Datuk Seri Najib tentang hal dalaman ??? kenapa nak cerita pada rakyat semua ni ??? pergi canang semua,akhirnya Datuk Seri Najib tak bersalah.kan malu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Korang tahu tak bila kah bermulanya mamak kerala ni mula mengganas nak menjatuhkan Najib?

Semenjak anak manja botak dia kalah mendapat salah satu daripada 3 kerusi VP UMNO!
Sebab rancangan nak menaikkan anak dia ke jawatan TPM terpaksa tertangguh atau gagal, mamak kerala gila ni mula memecah belahkan Melayu supaya UMNO menjadi kucar kacir dan pemimpin2 UMNO terpakso dirombak! Last2 anak dia dapat diberi jawatan yang lebih berpotensi untuk menjadi PM secara segera!

Anyway, usaha mamak kimak ni akan gagal jugak akhirnya. Buat pertama kalinya, mamak ni tak berjaya mencaturkan politik dan ekonomik sesuka hati dia.

Melayu Bersatu,biarkan mamak kerala terus bersekongkol dengan kroni2 jutawan DAP dia.
Kita dah nampak betapa jahilnya mamak kutty mahafiraun ni.

Anonymous said...

Bertapa liciknya PKR,DAP,Tun dan kuncu2nya, tembelang akan pecah juga dan busuknya tetap berbau. Yakinlah Allah bersama dengan orang yg benar.

Anonymous said...

Nak menjatuhkan Najib berbeza dgn nak menjatuhkan Kerajaan Najib. Bahagian pertama itu kuasa UMNO, yang kedua itu kuasa rakyat di PRU. Sama ada boleh melalui undi tak percaya di Parlimen, masih di bincang orang.

Tapi apa kah mengeluarkan mmalumat atau menuduh berkaitan 1MDB itu salah? Terutama nya bila rakyat bertanya, nakkan tahu banyak perkara.

Pengakuan Xavier Justo kpd Polis Thailand itu tak menyebutkan banyak perkara yang ramai rakyat tertanya tanya. Contoh nya, mengapa firma odit 1MDB di gantikan 2 kali dalam beberapa tahun. Yang Nur Jazlan sendiri kata tak lazim di buat dek syarikat besar, dan mengatakan peraturan mengodit 1MDB itu "at the lower end of the standard". Dia kata begitu salepas menemui wakil2 dua firma odit itu semasa dia Pengerusi PAC.

Anonymous said...

Apa saja kenyataan para blogers pro Najib sekarang ini hanya akan mengundang kesusutan sokongan aku dan rakyat lain (atas pagar) kpd BN... mau tak mau, suka tak suka, nak terima tak nak terima itulah hakikatnya... Najib telah merosakkan kepercayaan seluruh rakyat yang cintakan UMNO... bersedialah untuk terima kepahitan kekalahan dalam PRU14....

Anonymous said...

9:52 AM,

Jeritkan kpd UMNO supaya gantikan Najib.

Kalau tak, kalau Pembangkang naik merintah, di cingkok hidung mcm lembu dek DAP, lebih merana kita.

Anonymous said...

Maaf ya, saya singgah untuk bertanya:

1) Khairuddin buat laporan supaya 1mdb disiasat kerana transaksi perniagaannya di seluruh dunia. Apa kaitan hal ini dengan demokrasi berparlimen?

Setahu saya, 1mdb tiada kaitan dengan parlimen ataupun system demokrasi berparlimen.

2) Tuan kata duit RM2.6 Bilion tu derma politik dan tak salah. Tapi Ahmad Maslan, Ku Nan dan Aziz Kaprawi cakap itu derma untuk Kerajaan BN.

a) Kalau derma politik, kenapa tak tercatat dalam penyata kewangan UMNO 2013?
b) Kalau derma untuk Kerajaan, kenapa tak masuk akaun Perbendaharaan Negara? Bukankah salah di sisi undang-undang2 Malaysia jika wang kerajaan disimpan dalam akaun peribadi?
c) Kalau duit derma tu suci murni, kenapa selepas 5 hari, akaun peribadi tu ditutup dan wang dipindah masuk ke akaun di Singapura dan sekarang akaun tu dah kena beku oleh pihak berkuasa di Singapura.

Kenapa ya?

Dah apa kaitan semua persoalan ini dengan demokrasi berparlimen?

Adakah dengan bertanya semua soalan ini, saya juga akan dituduh cuba menggulingkan kerajaan?


S.A.M (Saya Anak Malaysia)

Anonymous said...

polis tangkap khairudin.
sah khairudin buat konspirasi politik?
gila mudah sifir blongang najib.
yang suruh tangkap khairudin tu konco konco najib.
ulas la bagi cerdik sikit.

bagus jugak khairudin kena tangkap dan dituduh cuba menggulingkan kerjaan menggunakan dokumen palsu.

boleh lah court buktikan. dokumen mana palsu. kerajaan mana nak digulingkan.
bila court panggil. takde sembunyi sembunyi belakang kerajaan Malaysia dengan UMNO lagi dah.

Anonymous said...

hehe bodoh sungguh barua mamak kutty sekoq ni
awat tak pi nyorok kat u.s embassy aljuri dulu lari kedutaan turkey tau hehe

 
 
Blogger Templates