Social Icons

Pages

Monday, September 21, 2015

EKSKLUSIF !!! HIMPUNAN #RAKYATBERSATU #BAJUMERAH DI TUJU UNTUK SIAPA ???


Walaupun sudah lebih 5 hari Himpunan Rakyat Bersatu atau turut dikenali sebagai Himpunan ‘Baju Merah’ sudah berakhir,namun cakap-cakap mengenai perhimpunan umat Melayu itu masih lagi hangat diperkatakan masyarakat di negara kita.Berkali-kali ditekankan bahawa himpunan itu adalah semata-mata untuk menyatukan anak bangsa yang berjiwa Melayu,namun masih ada lagi yang salah faham dan seakan berpura-pura tidak faham dengan tujuan himpunan tersebut.saya melihat,antara tujuan utama himpunan itu adalah untuk memberitahu segelintir pihak yang berbaju kuning yang bermaharajalela di ibu negara sebelum ini,kononnya mereka sahaja yang disokong rakyat sambil melakukan demonstrasi jalanan.Umumnya,himpunan bangsa Melayu yang bersatu itu juga lebih menjurus untuk ditujukan kepada masyarakat bukan Melayu,khususnya kaum Cina yang terpengaruh dengan propaganda ‘chauvinis ultra kiasu’ DAP yang melakukan pelbagai provokasi dan biadap sebelum ini.

saya yakin bahawa sikap golongan berbaju kuning itu yang tidak lagi menghormati kontrak sosial yang dipersetujui kira-kira lebih 58 tahun dulu telah menyebabkan bangsa Melayu yang tahu tentang konsep jus soli bangkit mempertahan dan mengingatkan golongan itu tentang ‘mutual understanding’ berkenaan.Namun begitu,saya juga positif mengatakan bahawa peringatan dan amaran dari golongan ‘baju merah’ itu tidak ditujukan kepada golongan bukan Melayu yang masih lagi hormati pada kontrak sosial dan memahami jus soli.Dalam erti kata lain,mereka yang memahami dan menghormati konsep ‘ikatan murni’ yang termetri kira-kira 58 tahun dulu serta keharmonian kaum di Malaysia amat dihargai oleh masyarakat Melayu di negara ini.Tidak dinafikan,masih ramai lagi kaum bukan Melayu yang menghormati kontrak sosial di negara kita.Mereka amat menghargai keharmonian kaum dan menjaga tatasusila kepelbagaian etnik di negara kita tanpa melakukan provokasi berbentuk perkauman terhadap bangsa Melayu.Pun begitu,mereka juga harus mengaku dan sedar punca sebenar berlakunya himpunan ‘baju merah’ baru-baru ini.Mereka harus tahu bahawa sebahagian dari kaum mereka telah melakukan provokasi,biadap dan kurang ajar terhadap hak bangsa Melayu.


Pada pandangan saya,adalah tidak adil untuk mereka mengecam golongan ‘baju merah’ sahaja sedangkan ketika mana kaum mereka melakukan provokasi atau bertindak biadap terhadap bangsa Melayu,mereka hanya mengambil pendekatan mendiamkan diri.Apabila himpunan ‘baju merah’ bersuara di Padang Merbok,baru mereka hendak bersuara menyatakan cinta pada keharmonian kaum ??? Baru mereka mahu kata ‘tidak perlu pakai baju merah dan berhimpun untuk membuktikan diri sebagai rakyat Malaysia yang sebenar’ ??? Ketika mana puak ‘baju kuning’ memijak gambar Presiden UMNO dan Presiden PAS,mengapa mereka tidak bersuara tentang ‘rakyat Malaysia yang sebenar’ ??? Ketika mana puak ‘baju kuning’ melakukan provokasi perkauman terhadap bangsa Melayu sebelum ini di jalanraya mahupun di laman-laman sosial,di mana suara mereka ??? Usah diajar bangsa Melayu tentang toleransi demi keharmonian kaum kerana masyarakat kami sememangnya terkenal sangat bertolak ansur dalam hal ini.Jika tidak, masakan pula kami sanggup berkorban rasa untuk menerima konsep jus soli sebelum ini ??? Pada pandangan saya,golongan ‘baju merah’ tidak marah pada kaum Cina,India, atau mana-mana etnik selain Melayu di Malaysia.Ia tidak menjurus kepada pengertian istilah perkauman pun.

Yang dikecewakan ialah tentang sikap pihak tertentu dari kaum bukan Melayu yang melakukan provokasi terhadap bangsa Melayu.Tidak terkecuali juga dikecam adalah segelintir bangsa Melayu sendiri yang bersikap seperti ‘si kitul’ yang khianat pada bangsa sendiri demi mengejar kuasa politik dengan mempergunakan nama ‘rakyat’.saya harap,pihak bukan Melayu yang masih sayang dan hormat pada kontral sosial tidak tersinggung dengan apa yang berlaku.Adalah benar bahawa himpunan ‘baju merah’ itu tidak ditujukan pada mereka.Namun,pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘siapa yang makan cili maka mereka yang akan terasa pedasnya’, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ dan hargailah konsep ‘buat macam rumah sendiri’ serta jangan sesekali bersikap seperti ‘cacing naik ke mata’.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Hei Alvin, A banana who wishes to be coloured white!! The Whites dont behave like you, coward good for sex only bastard!! Yang memundurkan Melayu ialah orang macam kau!! Aku Melayu yang membanting tulang, tak meminta-minta macam bangsa kau yang datang asal usul ke Tanah Melayu dan meminta-minta!!! Bila dapat kau macam lintah dan pacat!! Perniagaan aku hanya didatangi orang Cina miskin yang tidak dilayan oleh bangsanya sendiri!! Beza aku dengan bangsa kau ialah aku tahu wang tak akan bawa masuk kubur! Tetapi anak cucu cicit bangsa kau sudah dilatih lahir sahaja sembah WAMG!!! Kalau kau tak pengecut kenapa lari ke Luar Negara!! Ingrate!!! Shame on you!!!

Anonymous said...

People dont talk about yellow bershit anymore. That's what the red group has done.....

 
 
Blogger Templates