Social Icons

Pages

Monday, October 26, 2015

#BAJET2016 !!! #WANAZIZAH SETUJU DAN PERCAYA DENGAN #BR1M DAN #GST ???


Adakah Wan Azizah benar-benar bodoh atau pun buat-buat bodoh ??? Beliau mempersoalkan kenaikan kecil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas alasan hasil kutipan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM39 bilion.Dalam politik,apa sahaja bentuk rupa boleh muncul tanpa mengira tahap pendidikan seseorang itu.Mustahil Wan Azizah tidak tahu bahawa kutipan GST bukan untuk BR1M semata-mata.Adakah kita terlalu memandang tinggi tahap pemikiran beliau ??? Atau adakah beliau sebenarnya terlalu tidak layak untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang ?? Bajet 2016 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengatakan Jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti beriku t: 

Pertama : Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit; 

Kedua : Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit; 

Ketiga : Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit; 

Keempat : Bagi Skim Khairat Kematian pula,pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan 

Kelima : Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan,kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit. 

Gambaran yang diberikan oleh Wan Azizah,seolah-olah keseluruhan kutipan GST perlu digunakan sepenuhnya untuk pembayaran BR1M semata-mata.Beliau berpendapat jumlah BR1M sepatutnya RM1300.Kononnya kalau dibandingkan dengan BR1M yang diberikan RM1000 untuk satu keluarga maka akan kekurangan apa yang dibagi balik,kurang daripada apa yang diambil daripada GST.Kalau itu benar-benar pendapat beliau maka tahap pemikiran Ketua Pembangkang ini dilihat sebagai terlalu singkat dan tidak mencerminkan kredibiliti pembangkang yang mampu menyumbang walaupun sedikit untuk negara.Namun kita tahu bahawa kenyataan beliau itu sebenarnya dilihat sebagai cara halus untuk menghasut rakyat agar marah terhadap kerajaan dengan menuntut jumlah yang lebih besar. Selama ini pembangkang sering menghasut rakyat dengan menabur persepsi-persepsi yang agak tidak masuk akal seperti janji-janji mereka untuk menghapuskan semua tol dalam negara kita sedangkan tol dalam negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri pun masih rancak dikutip malahan turut sama mengalami kenaikan kadar tol. 

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,sekiranya GST tidak diperkenalkan dan masih bergantung kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semata-mata maka hasil negara akan berkurangan RM21 bilion jika keadaan semasa diambil kira.Perkara ini akan memberi kesan kepada defisit negara.Ianya akan meningkat kepada 4.8%,dan bukan lagi 3.1% seperti yang disasarkan pada 2016.Untuk makluman,semasa PM memperkenalkan GST pada April lalu,beliau juga berjanji akan memulangkan semula hasil tersebut kepada rakyat.Pembentangan bajet 2016 hari ini membuktikan bahawa PM kita mengotakan janji beliau.Namun seperti biasa,pembangkang akan tetap mengkritik segala tindakan kerajaan walaupun ianya memberi manfaat yang besar kepada rakyat.Wan Azizah tidak yakin dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit kepada 3.1% dengan alasan bahawa setiap tahun kerajaan akan membentangkan bajet tambahan.Bagaimana seorang wanita yang gagal mentadbir kawasan beliau yang sekecil Kajang itu ada hati mahu mengkritik pentadbiran PM kita yang telah banyak menghasilkan kejayaan. Masalah banjir di Kajang sehingga ke hari ini masih gagal diselesaikan.Kami cabar Wan Azizah buktikan yang beliau mampu bawa perubahan besar terhadap masalah banjir, denggi, sampah dan sebagainya di Kajang. “Please walk your talk.”

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates