Social Icons

Pages

Thursday, November 05, 2015

BREAKING NEWS !!! KELANTAN BAKAL GUNA #NGO UNTUK KAUT UNTUNG MANGSA #BANJIR ???


Musim tengkujuh datang lagi.Seperti kelazimannya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bakal berhadapan dengan segala kemungkinan yang tidak dapat dijangka.Tahun 2014 menyaksikan bagaimana Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda malapetaka banjir sehinggakan digelar oleh rakyat di sana sebagai Banjir Kuning atau dalam bahasa dialek Kelantan,Bah Kuning.Hadirnya banjir petaka ini bukan sahaja mengorbankan nyawa malah harta benda penduduk yang majoritinya mendiami di sepanjang sungai-sungai di dalam daerah tertentu.Sebagai contoh,antara daerah yang teruk musnah adalah Tanah Merah dan sebahagian Pasir Mas.Bayangkan hampir tiga ribu unit rumah kediaman samada yang bertaraf harta milik persendirian ataupun bertaraf setinggan musnah sama sekali.Paling teruk,sehingga artikel ini ditulis,masalah penempatan terutama pemberian rumah kepada mangsa banjir tersebut masih belum selesai.Ironinya bala petaka ini bukan setahun dua pernah dialami oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Peristiwa banjir besar yang dikenali sebagai Bah Merah pernah berlaku pada tahun 1920an lagi.Hampir setiap tahun banjir berlaku dan Kerajaan Pusatlah yang turun membantu termasuk membantu dari segi kewangan kepada mangsa yang terlibat.

Kerajaan Negeri terutamanya selama 23 tahun di bawah pemerintahan PAS hanya mampu ‘membina’ alasan dan bukannya membina tebatan banjir.Alasan paling kukuh yang pernah dipersembahkan oleh Kerajaan PAS adalah ‘Qada dan Qadar’,rakyat dan mangsa banjir kena belajar menerima ujian dari Maha Pencipta ini.Terbaharu di sidang DUN Kelantan,Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob dengan nada sudah kehilangan semangat berjuang untuk rakyat seperti sebelum Pilihanraya Umum ke 13 menjawap soalan dari Mohamad Zaki Ibrahim Adun Pas Kelaboran bahawa Kelantan akan menggunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai sektariat mengurus banjir.Tidakkah Kerajaan PAS Kelantan merasa malu apabila mendedahkan bahawa perancangan menyerahkan kerja penyelerasan banjir ini adalah hasil rumusan daripada beberapa bengkel yang dibuat serta taklimat bagaimana untuk menyelesaikan serta tindakan yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan apabila menghadapi petaka banjir.25 tahun Kerajaan PAS memerintah,sepanjang itulah mereka menghadapi situasi yang sama saban tahun dan akhirnya itu sahaja jawapan kepada permasalahan yang mampu PAS Kelantan buat,menyerahkan kepada NGO untuk urus masalah banjir.

Kenapa NGO ???

Persoalan yang wajar mendapat perhatian rakyat Kelantan.Adakah ianya berkait rapat dengan penyaluran dan dana bantuan dari Kerajaan Pusat dan juga syarikat-syarikat yang bermurah hati ??? Kalau pengurusan banjir dijalankan oleh NGO,pekerja kerajaan negeri boleh mengambil cuti bersenang lenang bersama keluarga ??? Atau jawapan Menteri Besar pada tahun lepas bahawa beliau juga sibuk mengurus rumahnya yang turut menjadi mangsa banjir maka semua kena serahkan kepada pihak lain untuk uruskan semua ini ??? Mungkin Kerajaan PAS Kelantan masih beranggapan rakyat Kelantan kurang cerdik dan boleh ditipu untuk ‘kelepek’ duit sumbangan yang bakal diterima dengan jumlah jutaan ringgit seperti kebiasaannya di tahun tahun sebelumnya ??? Bersandarkan ‘akaun mala petaka’ yang diuruskan oleh NGO,siapa pun tidak akan bertanya kemana dibelanjakan,inikah cara Kerajaan PAS Kelantan dalam usaha mencari Tabung Politik peribadi wakil-wakil rakyat mereka ??? Adakah Adun BN Kelantan tidak nampak kebocoran yang bakal berlaku ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates