Social Icons

Pages

Thursday, November 05, 2015

FAKTA !!! BERANIKAH #AZMINALI BUANG SEMUA WAKIL #PAS DI SELANGOR ???


Akhirnya akibat pergeseran antara PAS dan DAP secara terbuka dan dilihat seperti tiada kesudahan.Perwakilan DAP Selangor,Pengerusi DAP Kajang Baru Chiong Yoke Kong,mencadangkan agar semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran Selangor dipecat serta mertaIanya ekoran daripada polemik ‘hudud’ yang dibawa oleh Presiden PAS Hadi Awang sendiri.Seakan ugutan,perwakilan DAP lantang bertegas sekiranya tindakan tersebut tidak diambil,DAP perlu mengundurkan diri daripada kerajaan Selangor.Alasan paling munasabah untuk memecat wakil PAS di dalam pentadbiran Selangor adalah kerana PAS dilihat terang-terangan mengingkari dasar bersama Pakatan Rakyat,malah kerjasama dengan PAS sudah tidak bermakna lagi tegasnya lagi semasa perbahasan pada konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya. 

Asalnya DAP dilihat telah ‘menjatuhkan hukuman’ terhadap Hadi Awang sahaja dan tidak kepada parti PAS itu sendiri.Namun tindak balas PAS melalui Muktamar Tahunan parti yang lalu membuatkan perwakilan DAP mendesak kerajaan Selangor agar bertindak segera bagi memberi isyarat kepada PAS bahawa kehadiran mereka sudah tidak lagi diperlukan di negeri Selangor.Mungkin DAP sudah membuat perkiraan betapa kehadiran parti baharu,AMANAH di dalam gabungan terbaru mereka yang diterajui Mat Sabu lebih mudah bekerjasama dari PAS yang dilihat tidak konsisten dalam halatuju gabungan komponen. Kelantangan PAS menyahut cabaran DAP untuk bertembung di kerusi masing-masing juga menyebabkan DAP melihat betapa kerajaan Selangor di bawah kekuasaan mereka bakal berakhir di Pilihanraya Umum akan datang.Persoalan timbul,beranikah Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor memecat semua wakil PAS yang berjawatan di negeri itu ??? Bersediakah Azmin Ali menubuhkan pakatan baharu bersama parti Amanah seperti yang berlaku di Pulau Pinang ??? DAP lupa,di Pulau Pinang kerusi yang dimenangi oleh PAS tidak sebanyak yang dimenangi PAS di Selangor.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates