Social Icons

Pages

Thursday, November 05, 2015

KANTOI !!! #BAJET2016: #PAKATAN #PEMBANGKANG FLIP FLOP MENGENAI #BR1M.


Dasar Pakatan Pembangkang memang celaru.Tidak sekata.Terkini,DAP Selangor desak Azmin Ali pecat Exco Kerajaan Negeri dari PAS.Exco PAS masih wujud lagi rupanya walaupun PAS sudah istihar keluar dari Pakatan Pembangkang.Memang celaru.

Lihat saja isu BRIM !!!

BR1M 

Sewaktu pilihan raya yang lepas,anggota Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat Dr Dzulfefly Ahmad (kini menyertai Parti Amanah) telah menyatakan bahawa BR1M tidak akan dilaksanakan sekiranya Pakatan memenangi PRU13.Pihak pembangkang telah mendakwa BR1M merupakan satu bentuk percubaan ‘memancing’ undi.Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan kadar BR1M setelah setahun dilaksanakan,Ahli Dewan Undangan Negeri Lau Weng San menyatakan tindakan itu tidak boleh diterima kerana ianya hanya akan menyebabkan kenaikan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 

Selepas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lanjutan bantuan BR1M beserta dengan kenaikan kadar bantuannya di perbentangan bajet 2016,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kadar kenaikan bantuan berkenaan tidak mencukupi.Adakah Pakatan telah menerima hakikat bahawa BR1M jelas membantu rakyat semenjak diperkenalkan oleh kerajaan ??? Daripada dakwaan untuk ‘memancing’ undi kepada meminta dinaikan kadar bantuan,ternyata ianya merupakan dua pendirian yang berbeza.Dengan keadaan sekarang yang diumpamakan seperti cahaya yang semakin malap,saya hanya mampu berharap tiada perkara yang lebih buruk akan berlaku kerana peluang untuk Pakatan mengambil alih kuasa di Malaysia semakin hari semakin tipis. 

Oleh : Karamjit Singh

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates