Social Icons

Pages

Thursday, November 05, 2015

#1MDB @1MDB !!! RUPANYA MEDIA LUAR NEGARA BEKERJA DENGAN PEMBANGKANG UNTUK JATUHKAN IMEJ MALAYSIA ???


Anda tidak boleh menyalahkan saya kerana mengesyaki media luar itu bekerja dengan Pembangkang Malaysia.Mari kita lihat artikel dari Wall Street Journal semalam bertajuk ‘Hunt for Billions Invested by 1MDB Points to Australia’ Artikel ini mempunyai tajuk yang hebat,tetapi penuh dengan kepalsuan dan tidak bertanggungjawab,sekarang ini disebarkan oleh MalaysiaKonon,Malaysia Inciter,Tony Pua dan suspek-suspek biasa yang lain.Sekiranya anda betul-betul membaca artikel tersebut,anda akan tahu betapa palsunya tajuk ini 

Beginilah bagaimana WSJ memulakan perenggan pertama : 

“Enam tahun pemburuan global untuk bilion dolar yang dilaburkan oleh dana pembangunan Malaysia telah dijalankan melalui Arab Saudi dan Kepulauan Cayman.Sekarang,ia beralih ke Australia.Pengawal selia di sana membubarkan firma kurang dikenali, ‘Avestra Asset Management’,dengan mengatakan ia meletakkan risiko pada wang klien mereka dalam pelaburan yang penuh tanda tanya” 

Tetapi kemudian dalam artikel mereka,WSJ menyatakan perkara berikut : 

(1) “Pengawal selia (regulator) Australia berkata Avestra menjadi “penasihat pelaburan” untuk Bridge Global pada Mac 2014.Ia adalah tidak jelas sama ada Avestra mempunyai hubungan dengan ‘Bridge Global’ sebelum itu atau ia masih memainkan peranan dalam dana Kepulauan Cayman.” 

LSS : Berdasarkan artikel,adalah jelas menunjukkan bahawa ‘Bridge Global’ yang berpusat di HK merupakan pengurus kepada dana kepulauan Cayman 1MDB – BUKAN Avestra,yang hanyalah menjadi penasihat (bukan pengurus) pada Mac 2014.1MDB telah melabur dalam Bridge Capital pada tahun 2012 dan mula menebus dana pada 2014.Jadi kenapa! Jika Avestra hanya menjadi penasihat pada 2014? Apa kaitan antara Avestra dan 1MDB? 

(2) “Pengawal selia Australia tidak melihat hubungan dengan 1MDB,sebaliknya melihat sama ada pelabur runcit mungkin berisiko.Mereka mendakwa Avestra menyembunyikan pelaburannya daripada pengawal selia Australia melalui dana Bridge Global, di mana 1MDB telah melaburkan wang.” 

LSS : Bermakna kerajaan Australia langsung tidak memandang 1MDB – di mana keseluruhannya berbeza dengan tajuk dan perenggan pertama artikel WSJ.

(3) Untuk memastikan Deloitte menandatangani pada bukunya selepas KPMG dipecat,1MDB telah mendapatkan seunit dana pelaburan di Abu Dhabi,dikenali sebagai ‘International Petroleum Investment Company’ bagi menjamin pelaburan di Bridge Global.”

LSS : WSJ juga mengesahkan bahawa IPIC,yang merupakan dana kerajaan Abu Dhabi bernilai USD70 bilion telah menjamin keseluruhan dana Cayman 1MDB bernilai USD2.32bilion.Jadi, sekiranya dijamin oleh kerajaan luar yang kaya dengan minyak, bagaimana ia boleh “hilang”? 

(4) “Sejurus selepas itu,1MDB telah menggunakan pelaburannya di Bridge Global sebagai cagaran untuk pinjaman bernilai $975 juta daripada sekumpulan bank, termasuk Deutsche Bank”. 

LSS : Ini bermakna Deutsche Bank mampu menerima dana tersebut sebagai cagaran untuk pinjamannya – di mana dana tersebut mempunyai nilai dan tidak hilang.Sekali lagi,ini bertentangan dengan tajuk WSJ “kehilangan berbilion”. 

(5) Firma Abu Dhabi,IPIC masuk campur lagi.Ia telah bersetuju untuk mengambil alih sebahagian hutang 1MDB termasuk pinjaman Deutsche Bank,sebagai balasan ekuiti,di bawah syarat-syarat yang ditandatangani dalam perjanjian dengan dana Malaysia pada bulan Mei.Pada tahun lepas,1MDB berkata bahawa ia telah menebus lebih kurang $1.22 bilion daripada $2.32 bilion pelaburan di Bridge Global.Pegawai-pegawai di 1MDB berkata pelaburan yang tinggal hanya lebih $ 1 bilion akan diserahkan kepada IPIC Abu Dhabi sebagai pampasan bagi membantunya membayar balik pinjaman Deutsche Bank”. 

LSS : Sekali lagi,ini bermakna kebanyakan pelaburan telah ditebus, walaupun Avestra telah menjadi “penasihat” kepada Bridge Fund.Dan WSJ mengesahkan bahawa IPIC telah memulihkan baki unit dana USD1 bilion yang pada asalnya di Cayman tetapi sekarang di “unit dana” BSI Singapore. 

Sekali lagi membuktikan bahawa tiada bilion yang hilang dan IPIC menjamin dana-dana dan sebagai balasan kerana membayar USD1b,mereka akan mengambil balik unit dana.Bukan itu sahaja,WSJ telah membuat kesilapan dengan menyatakan bayaran USD1b adalah untuk ekuiti dan kemudian berkata sebaliknya,dengan mengatakan USD1b akan dibayar balik dengan memulangkan baki unit dana kepada IPIC. 

Nota : USD1b tidak pernah menjadi ekuiti 1MDB (saham) sebagaimana yang dikatakan WSJ – sesuatu yang kemudian akan disangkal oleh mereka lagi

-------------------------------

Ini merupakan sesuatu yang tidak berkualiti dihasilkan WSJ,dengan tajuk yang mengelirukan.Ini akan menjadi skandal untuk WSJ menghasilkan artikel seperti ini, di mana artikel itu sendiri bertentangan dan disangkal oleh tajuk mereka sendiri! Penulisan yang sangat terukndan saya boleh suspek bermotifkan politik dan mempunyai niat untuk terus memburukkan 1MDB demi kepentingan sesetengah pihak.Saya tetap dengan penilaian saya tentang artikel WSJ dan saya mengalu-alukan WSJ untuk menyaman saya sekiranya mereka rasa saya telah memfitnah mereka.



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates