Social Icons

Pages

Friday, November 06, 2015

KANTOI !!! ISU #MPKOTABELUDADVICE @MPKOTABELUD ADALAH PERMAINAN #MEDIA !!!


satu malaysia apabila kononnya Datuk Abdul Rahman Dahlan dikatakan mengeluarkan kenyataan bodoh apabila menyuruh Rakyat Malaysia Bangun Awal untuk mengelakkan membayar Tol.Sebelum kita membuat konkulsi mudah ada baiknya kita menyelidik sedikit bagaimana Media Framing dimain dalam isu ‪#‎MPKotaBeludAdvice‬
Jom kita bandingkan pemberitaan dari Astro Awani dan Free Malaysia Today sebagai subjek kajian. 



Tajuk Berita : Pembinaan MRT penanda aras pengangkutan awam yang lebih baik – Rahman Dahlan

Intipati : “Laluan MRT 1, 2 dan 3 yang sedia digunakan bakal menjadi penanda aras yang baik kerana ia secara perlahan-lahan boleh mempengaruhi rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan sendiri untuk memasuki bandar.Jika anda menggunakan kereta anda sendiri,anda akan perlu membayar tol dan petrol dan tidak lupa, tempat letak kenderaan yang mana ianya lebih mahal.Pada masa akan datang,LRT,MRT,monorel,bas dan teksi mestilah berpatutan supaya orang ramai boleh menukar cara pengangkutan mereka. Kami mahu pengangkutan awam untuk menjadi mapan untuk semua
“Ada jalan alternatif dari lokasi A ke lokasi B tanpa melalui tol,cumanya bila tak melalui tol,maka memakan masa dan mungkin akan mengalami kesesakan dan banyak lampu isyarat.Dari situ kita kena invest masa,kalau tak nak bayar tol,kita kena ‘invest’ masa untuk sampai ke destinasi kita,” —————————————————————————————————————– 


Tajuk Berita : Bangun awal pagi jika tidak mahu bayar tol – menteri 

Intipati : “Saya nak tekankan,dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif,ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol.Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa,kalau tak nak bayar tol,kita kena bahagi masa.Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal,20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Hotel J.W.Marriot pada Selasa. _________________________________________________________________________________

Kesimpulan : 

1) Pemilihan tajuk FMT dilihat lebih kontroversi kerana dia mengecilkan skop “media framing” hanya pada cadangan Datuk Rahman Dahlan untuk mengunakkan jalan alternatif tanpa menyentuh langsung mengenai kupasan awal berkenaan dengan MRT. 

2) Malahan “Highlight” di dalam “Media Framing” FMT juga menjadi tanda tanya kerana penjelasan yang diberikan lebih kepada “Jalan Alternatif” tetapi kenapa “Bangun Pagi” yang dijadikan sebagai sandaran berita utama ??? Ayat senang “Jalan Alternatif’ ialah “MAIN POINT” manakala “Bangun Pagi” pula ialah “ELOBRATION”

Maka persoalan timbul bagaimana ELOBARATION pula boleh dijadikan sebagai tajuk berita ??? Tuntasnya,Media memang mempunyai kebebasan untuk mengupas sesuatu mengikut “Agenda Setting” mereka yang tersendiri.Itulah yang dinamakan sebagai Kebebasan Media.Tetapi sebagai pembaca kita kena bijak menilai supaya tidak terlalu mudah terpedaya dengan dakyah media yang membawa mesej salah dalam menghukum sesuatu.Semoga perkongsian ilmu media ini membantu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates