Social Icons

Pages

Wednesday, November 04, 2015

KANTOI !!! #BAJET2016 !!! #PAKATANHARAPAN #PR #PEMBANGKANG NAK MENJAHANAMKAN #PAS ???


Tidak dapat digambarkan betapa geramnya dalam hati DAP dan PKR apabila PAS membuat keputusan untuk bersifat sebagai berkecuali dalam soal undi penerimaan Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Mungkin hanya mampu menggetap bibir apabila Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian partinya untuk berkecuali terhadap cadangan menolak usul Bajet 2016 yang dibentangkan Datuk Seri Najib pada 23 Oktober lalu.Geram atau tidak,itulah yang terpaksa ditelan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Wan Azizah.saya yakin,dihati wanita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terdapat rasa sedikit terkilan dengan pendirian PAS itu.Dalam sejarah pembangkang,selalunya mereka akan sedaya upaya menolak bajet yang dibentang pihak kerajaan.Jarang-jarang sekali pihak pembangkang bersikap berkecuali.Kecualilah jika pembangkang itu benar-benar pembangkang yang ‘sihat’.Maksud saya sebagai pembangkang yang ‘sihat’,mereka hanya akan membangkang usul yang merugikan rakyat dan negara,namun akan menyokong,sanggup bekerjasama dan sedia membantu kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.

Perkara seperti ini mungkin dapat dilihat di luar negara,namun jarang-jarang sekali di Malaysia.Namun pendirian PAS terhadap isu penerimaan usul Bajet 2016 kali ini agak memeranjatkan pihak pembangkang sendiri.Mereka mengkritik,tapi tindakan itu tidak semestinya menunjukkan mereka tidak bersetuju.Dalam kata lain,mereka setuju dalam diam.Bertentangan pula dengan sikap tipikal pembangkang sebelum ini,tidak kira apa saja yang diusul kerajaan,maka mereka akan bangkang sebangkang-bangkangnya.Tidak kira usul itu benar bagus atau tidak,mereka akan tetap bangkang.Itu sikap tipikal pembangkang di Malaysia pada pandangan saya.Setuju atau tidak,terserah.Berkenaan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib,saya melihat ramai masyarakat yang memberikan reaksi positif dan menerima usul-usul yang dibentang.Ianya dikatakan sebagai realistik dan meyakinkan ramai penganalisis ekonomi khususnya.Pun begitu,saya yakin bahawa Wan Azizah sedang mengharap agar Abdul Hadi dan ahli-ahli parlimen PAS akan setuju dengan usul undi tidak percaya pada Najib.Tapi apakah harapan Wan Azizah itu akan menjadi kenyataan ???


Sebelum ini,di himpunan Fastaqim di Kota Baharu,Setiausaha PAS Pusat,Datuk Takiyuddin Hassan dilapor media pembangkang kononnya akan setuju mengundi usul tidak percaya pada Datuk Seri Najib.Namun tidak lama kemudian di himpunan yang sama,Abdul Hadi mengeluarkan pendirian rasmi PAS bahawa usul itu masih lagi belum diputuskan pihaknya.Maksudnya,secara berhemah beliau memperbetulkan kenyataan Takiyuddin itu.Ternyata propaganda media pembangkang itu tidak benar.Melihat keadaan itu,saya yakin bahawa PAS akan membuat pendirian yang sama untuk bersikap berkecuali dalam soal undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.Malah berdasarkan kecenderungan PAS akhir-akhir ini,saya tidak terkejut jika ada di kalangan ahli parlimen PAS yang akan menolak usul bodoh itu.Harapan saya,Wan Azizah janganlah menaruh mimpi yang indah dalam usul-usul karut seperti itu.Tidak perlulah membuat arahan pada PAS untuk berbuat itu dan ini kerana PAS pada pandangan saya bukan lagi ‘keldai tunggangan’ DAP mahupun Anwar.Justeru itu,berpijaklah pada bumi yang nyata bahawa berkemungkinan PAS akan kembali pulih.Dari ‘keldai tunggangan’,PAS sedang cuba menghijrahkan diri kepada ‘keldai’ yang tidak ditunggang oleh sesiapa.PAS sebenarnya lebih sajak begitu...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates