Serangan ke atas Yayasan Pembangunan Ekomomi Islam Malaysia (YaPIEM) dirancang oleh mereka yang menjadi alat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP),untuk memenuhi agenda parti tersebut meruntuhkan institusi-institusi Islam di negara ini.Selepas Kumpulan 25 (G25) yang berfahaman “Islam Liberal” menyerang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minggu lalu,kini giliran Yapiem menerima serangan tersebut melalui National Oversight and Whistleblowers (NOW) atau dalam bahasa Melayu,Badan Pemantauan dan Penyalur Maklumat Negara.Serangan ke atas Yapiem mendakwa ia sepatutnya menjadi badan kebajikan untuk umat Islam telah membayar gaji dan elaun berpuluh ribu kepada ahli politik dan keluarga mereka,merupakan satu taktik jahat ala komunis untuk meruntuhkan institusi-institusi agama.Pertama,perlu kita tahu bahawa Yapeim merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan.Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976,YaPEIM memfokuskan kepada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.Dengan kata lain,Yapiem perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk membantu orang Islam lain.Yapiem tidak menutip zakat atau sekadar badan kebajikan berorientasikan sumbangan dan geran
Justeru keputusan pembayaran gaji,elaun,bonus dan perlantikan adalah keputusan berasaskan perniagaan.Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.
YaPEIM merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar-Rahnu sejak 1993.Setiap tahun sejak 1993,program Ar-Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan.Tahun ini sahaja,YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83juta.Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11juta berbanding RM72juta tahun 2014.
Pada hari ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160juta sehingga Disember tahun 2015.Jumlah Aset keseluruhan YaPIEM berjumlah RM1.034 bilion.Melalui program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan,YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.
Malah keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah yang digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM seperti Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih),Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).
Orang Islam Cepat Melenting
Kedua,tujuan Yapiem mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara ini turut membuat kebajikan dan mendapat pahala melalui skim-skim yang sumbangan yang diperkenalkan bukannya kerana Yapiem tiada wang.Hakikatnya,Yapiem sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini.Umat Islam di negara ini merupakan kumpulan manusia yang cepat melenting dan mudah percaya fitnah biar pun Allah beberapa kali berfirman dalam al-Quran mengingatkan dosa fitnah dan bercakap keburukan orang lain.Hanya kerana membuat potongan gaji RM 20 sebulan untuk Yapiem mereka beranggapan sudah berhak mengherdik dan memaki pengurusan Yapiem tanpa membuat penyelidikan dahulu.Ketiga,sungguhpun perlantikan Lembaga Pengarah Yapiem dibuat oleh kerajaan,namun mereka beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa yang membuat keputusan berasaskan perniagaan.
Yapiem ialah yayasan berasaskan perniagaan dan kebajikan.Ia bukan pengurus dana kerajaan untuk kebajikan.Pembayaran elaun dan program Yapiem dibuat secara bebas berasaskan keuntungan perniagaan mereka.Apa salah jika anak seorang Timbalan Presiden atau Timbalan Pengerusi Yapiem juga turut bekerja di Yapiem jika beliau membantu mengembangkan perniagaan Yapiem? Lainlah jika beliau tiada kelayakan atau mendapat kontrak secara tidak betul.Sumbangan orang ramai pada Yapiem hanya digunakan untuk program bantuan kebajikan.Pengurusan dan pentadbiran diuruskan menggunakan hasil perniagaan mereka.Adakah kita mengharap sebuah Yayasan yang mempunyai perniagaan yang bernilai ratusan juta ringgit membayar elaun seperti seorang pengurus pasaraya?
Rafizi sendiri yang hanya beberapa tahun bekerja dengan Petronas sudah mempunyai wang jutaan ringgit dan sekarang hidup melebihi gaji beliau sebagai Ahli Parlimen.
Serangan terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang dan ke arah korupsi bertujuan memalukan institusi Islam yang banyak membantu umat Islam ini.Jika benar mereka percaya ada kesalahan berlaku,buatlah laporan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya membuat sidang akhbar berunsur pertanyaan supaya mereka bebas memburukkan orang tetapi terlepas dari tindakan undang-undang.Tunggu anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang kemungkinan besar dirancang oleh DAP.Orang Islam hari ini lebih percaya DAP dari perintah Allah dalam al-Quran.Mereka bergaduh soal tuduhan rasuah sampai sanggup merosakkan agama sedangkan Allah sendiri mengingatkan jangan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti jelas.Mereka seolah-olah sudah tidak percaya bahawa Allah akan menghukum mana-mana pemimpin yang merompak harta rakyat.Umat Islam di negara ini pada hari ini sudah menjadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus. Betulkah mereka memahami ajaran Islam?
Oleh : KuntaKinte Malaysia
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Ini semua kita salahkan PKR dan PAs yang tamak kuasa dan harta dunia...kerana itu sanggup menikam UMNO dari belakang walau sebangsa dan seagama.....mereka sanggup bersengkongkol dengan DAP yang terang2 memusuhi Islam.....semoga kepada yang memberi undi kepada PAS!PKR dan DAP akan ALLAH balas di dunia lagi....mereka ni buta hati dan buta akal.....
SALAM,
pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat. pemimpin juga perlu sedar, ramai yg ske melihat mereka jatuh, dan ramai juga yang cuba menjatuhkan mereka. cara menjatuhkan pemimpin boleh datan dlm seribu wajah. oleh itu sebagai pemimpin perlu sentiasa brhati atas tindak tanduk mereka, agar tiada ruang utk pihak lain memanipulasikannya.
bagi pihak tertentu pula, mereka hanya menunggu ruang dan pluang sahaja untuk melihat pemimpin tersilap langkah.
tidak cukup dengan mnunggu ruang dan pluang sahaja, ada pihak yang malakukan lebih dari itu. segala usaha dilakukan utk mburukkan nama pemimpin. pelbagai taktik dan umpan digunakan bagi memastikan sang pemimpim msuk perangkap.
dan perangkap ini adakalanay menjadi. kenapa menjadi, kerana umpan yang digunakan adalah umpan yang tidak boleh ditolak, dan sudah biasa bagi pemimpin tersebut. analoginya, kalu nak tangkap kucing, kte letakkan ikan sebagi umpan. kucing pasti akan masuk perangkp kerana itu makannan sehariaannya. begitu juga manusia, kte letakkan 'makanan seharian'nya pasti akan masuk perangkap juga. kalau itu bukan makanannya, pasti ia tidak akan msuk perangkap tersebut.
renung-renungkanlah.....
Post a Comment