Social Icons

Pages

Tuesday, August 30, 2016

KANTOI !!! PEKUNG #TUNMAHATHIR DIDEDAHKAN !!!


satu lagi pekung Tun Mahathir didedahkan.mungkin ramai sudah lupa sesuatu.ketika Operasi Lalang 1987,106 orang yang kebanyakkannya pemimpin pembangkang,NGO telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Untuk menjustifikasikan tindakannya beberapa orang UMNO dan MCA ditahan dalam operasi tersebut antaranya Datuk Tajuddin Abdul Rahman,Fahmi Ibrahim dan Datuk Ibrahim Ali.Namun senarai pemimpin pembangkang lebih panjang termasuklah Lim Kit Siang, Karpal Singh,Mat Sabu,Mahfuz Omar dan ramai lagi.Enam akhbar termasuk The Star dan Watan digantung permit.Operasi Lalang kekal menjadi salah satu titik hitam dalam sejarah demokrasi negara.Tapi Perdana Menteri dan Menteri Dalam negeri ketika itu Tun Mahathir Mohamad dalam usaha nak 'cuci tangan'

Beliau menyalahkan timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayob sebagai orang yang terlibat.Bagaimanapun pembohongannya tidak bertahan lama.Menurut Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendedahkan surat perintah untuk tindakan terhadapnya itu ditandatangani Tun Mahathir Mohamad.Sehubungan itu,katanya,bekas Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab terhadap ehwal keselamatan dalam negara ketika itu berbohong apabila menafikan peranannya di sebalik pengeluaran perintah berkenaan."ISA ini sememangnya bidang kuasa Menteri Dalam Negeri yang ketika itu adalah Mahathir. Saya tidak boleh terima jika beliau menafikan pembabitannya menandatangani perintah terbabit.Saya salah seorang tahanan ISA ketika Operasi Lalang pada 1987. Ketika itu memang Mahathir yang tandatangan perintah terbabit, takkan nak menafikannya pula?," katanya yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Baru-baru ini,sebuah blog didakwa melaporkan Mahathir menafikan beliau menandatangani perintah penahanan ISA sepanjang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,sebaliknya menurunkan kuasa itu kepada timbalannya.Ia mengundang reaksi anak bekas timbalan menteri berkenaan,Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, iaitu Datuk Megat Fairouz Junaidi yang kesal dengan tuduhan terbabit kerana mereka sekeluarga yakin segala tindakan Allahyarham ketika memegang jawatan itu dibuat selepas merujuk dan mendapat persetujuan 'orang atasan'. Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO melihat penafian oleh Mahathir itu antara lain bagi menjadikan Megat Junid sebagai 'kambing hitam',selain merealisasikan kerjasama dengan pakatan pembangkang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Sambil menggesa Dr Mahathir berhenti mendesak Najib mentadbir negara ini mengikut telunjuknya,beliau mendakwa,sepanjang menjadi Perdana Menteri keempat,Mahathir tidak mahu mendengar nasihat orang lain."Nak kata zaman beliau tak ada duit hilang tipulah.Tengok balik sejarah PERWAJA yang hilang dana berbilion ringgit,tapi didiamkan untuk menyelamatkan pentadbiran beliau," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates