Social Icons

Pages

Thursday, September 15, 2016

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA #SITIKASIM DIDEDAHKAN !!!


siapa sebenarnya siti kasim ini ??? adakah Siti Kasim dari Majlis Peguam Malaysia telah menunjukkan bagaimana kalau kecelaruan fikrah dan identiti diri sebagai seorang muslim sudah menyeleweng,adakah ini bahananya ??? Aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu baru-baru ini mengejutkan ramai orang dalam sesi dialog wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah di Shah Alam apabila menunjukkan jari tengahnya (f**k) kepada hadirin.Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mengatakan tanda f**k itu ditujukan khas untuk “Islamis jahat” dan “si bodoh yang dicuci otak” yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi.'

Tanpa sebarang penyesalan, Siti Kasim ini mendakwa Setiausaha Agung Pas,Datuk Takiyuddin Hassan,salah seorang pembahas di wacana itu mengelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.Siti Kasim bermati-matian RUU355 ini ada kena mengena dengan hudud.Oh! terlalu takut benar Siti Kasim ini dengan perkataan `hudud’ ??? Itulah bahananya bila seseorang itu cetek fikiran,apa sahaja akan dilihatnya jahat,waima berkaitan Islam.Buat makluman Siti Kasim,sila bacaan fakta berikut : 

1. Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun,denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie.Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah.Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri. 

2. Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355,Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.Dan ini satu lagi penjelasan buat Siti Kasim yang terlalu takut dan memandang dangkal soal Islam.

3. Adakah Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud ??? Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud.Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia,sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. 

4. Apakah Perlembagaan boleh dipinda ??? Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. 

Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari Umno,Pas,PKR,Amanah,PPBM dan DAP hanya berjumlah 135 orang.tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan.Bermakna Ahli-ahli Parlimen bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan. 

Siti Kasim oh! Siti Kasim...Janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri.Takut dengan bayang-bayang Islam.Adakah slogan-slogan laungan parti demokratik sosialis DAP seperti keadilan,kebebasan,kesamarataan,suara rakyat dan sebagainya telah membuatkan kamu Siti Kasim terliur ??? Kita umat Islam amat bersimpati dengan Siti Kasim.Janganlah berlagak seperti muslim yang berfahaman modenisme dan liberal yang `semestinya’ menerima cara dan langkah DAP walaupun hakikatnya banyak melanggar norma-norma Islam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates