Social Icons

Pages

Thursday, September 15, 2016

FAKTA !!! #KUALALUMPUR BANDAR KE 19 PALING MAKMUR DI DUNIA !!!



Disebalik segala kata nista dan fitnah terhadap ekonomi negara,Malaysia masih mampu berdiri kukuh sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun di dunia.Seperti yang diuar-uar sejak lebih 20 tahun yang lalu,impian setiap anak Malaysia termasuk para pemimpinnya adalah untuk membawa negara ke arah negara maju menjelang 2020.Bertitik tolak dari sinilah,segala usaha digembleng supaya impian ini menjadi kenyataan menjelang tahun yang disasarkan.Seperti biasa,disaat seluruh tenaga, usaha dan fokus ditumpukan untuk membawa negara kearah kemajuan,pasti akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,cuba menggagalkan usaha ini.Ada yang melemparkan tuduhan,Malaysia sedang mengalami defisit yang tinggi,menanggung hutang yang banyak serta lebih melucukan,ada diantaranya melabelkan Malaysia hampir muflis kononnya disebabkan oleh kerakusan pemimpin yang menjarah wang rakyat. 

Persoalannya,benarkah begitu ??? Menurut pusat penyelidikan dan perundingan antarabangsa,Arcadis,Kuala Lumpur berada ditangga ke 19 daripada 100 buah ibu kota paling makmur di dunia.Penilaian ini berdasarkan kepada faktor rakyat, persekitaran dan juga keuntungan.Memetik laporan Arcadis yang bertajuk, “Sustainable Cities Index 2016 : Putting People At The Heart Of City Sustainability”,mereka menilai kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota yang menawarkan kepelbagaian ekonomi dengan kemampanan ekonomi yang cukup tinggi.Jika ada yang mempertikaikan penilaian Arcadis ini,mungkin mereka perlu melihat bagaimana Arcadis menilai kemakmuran Kuala Lumpur daripada perspektif kajian mereka.Mereka menilai 100 ibu kota dunia dengan 7 faktor utama iaitu : 

1. Infrastruktur pengangkutan seperti jaringan rail,pengangkutan udara dan aliran trafik. 
2. Kemudahan untuk menjalankan perniagaan 
3. Sektor pelancongan 
4. KDNK per kapita 
5. Kepentingan sesebuah ibu kota kepada jaringan ekonomi global 
6. Sambungan dari segi akses mudah alih dan jalur lebar 
7. Kadar upah pekerja 

Secara asasnya,untuk berada pada kedudukan terbaik dalam carta kepentingan ekonomi global,sesebuah ibu kota itu perlu cenderung kepada keadaan yang cukup makmur dan menitik beratkan pembangunan modal insan.Pendek kata,lebih banyak peluang perniagaan diwujudkan pada sesebuah bandar,lebih banyak aliran tunai akan mengalir kesesebuah kota berkenaan.Oleh yang demikian,dapat disimpulkan bahawa,kedudukan ekonomi negara berada di landasan tepat untuk muncul sebagai salah sebuah kuasa ekonomi baru di rantau Asia.

Hari ini,Kuala Lumpur telah diiktiraf antara sebuah bandar raya yang mampu menjana ekonomi yang lebih aktif serta berada dalam radar pemain ekonomi global.Kuala Lumpur kini diiktiraf sebagai sebuah bandar raya yang menjadi hub ekonomi Islam antara terbesar di dunia.Jadi tidak hairanlah jika Arcadis turut meletakkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang paling pesat berkembang dari segi ekonominya di dunia.

APA KATA ANDA ????

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates