Social Icons

Pages

Friday, September 02, 2016

KANTOI !!! 450 RIBU ORANG HADIR DI #DATARANMERDEKA BUKTI GERAKAN #TUNMAHATHIR GAGAL !!!


Sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2016 mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam sejarah penganjuran acara tersebut sejak 59 tahun lalu.Lebih 450,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan acara yang bertujuan memperingati peristiwa kemerdekaan negara ini daripada penjajahan kuasa-kuasa asing.Hari ini,ada cubaan pihak pihak tertentu untuk mengguna kuasa asing bagi menekan kepimpinan negara kita.Mereka cuba guna LCIA di London,guna Wall Street Journal,guna Sarawak Report dan Department Of Justice untuk cuba gugat pemimpin negara.Ini kerana kumpulan Mahathir dan pembangkang sudah gagal untuk mendapatkan undi tidak percaya di Parlimen,gagal untuk buat demo Bersih 4 dan Bersih 5 juga dijangka gagal,serta sambutan ceramah yang dibuat juga tidak mendapat sambutan.Majoriti rakyat menolak cara demo haram di jalanan yang mempergunakan mahasiswa untuk dikeldaikan bagi tujuan politik individu dan kepentingan Mahathir.Lebih teruk lagi bila mahasiswa yang dibawa ke jalan itu mendapat keputusan yang amat teruk di universiti mereka. 

Luqman Hakim,pelajar jurusan Usuluddin,Pengajian Islam, Universiti Malaya hanya mendapat Purata Nilai Gred (PNG) 2.77 sahaja.Anis Syafiqah yang sering menjadi jurucakap demo haram dan mahu jelajah ke sepuluh kampus di Malaysia mendapat PNG 2.54 sahaja.Ada seorang lagi pelajar bernama Suhail Wan Azhar,jurusan Syariah dari Universiti Malaya hanya mendapat PNG 1.92 dan PNGK 2.42  sahaja.Ini bermakna pelajar ini gagal belajar satu semester.Belajar di kampus pun gagal kerana sibuk berdemo haram.Bila habis belajar nanti sibuk marah pada kerajaan sebab tidak beri peluang kerja dan susah dapat kerja.Ini mungkin sebabnya,Khalid Ismath marah pada mereka dan berpesan pada mereka jangan jadi keldai pembangkang di atas jalanraya.450,000 ini hadir kerana perasaan cintakan negara.Mereka terinspirasi dengan ucapan  Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru supaya detik-detik kebersatuan disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia.

1,000 orang yang hadir berdemo di jalanan ini pula mendapat semangat dari hasutan Mahathir dan pembangkang di Facebook Kelab Che Det yang kononnya ada sejuta like.Namun bila menjelma secara fizikal hanya 1,000 orang sahaja yang betul betul manusia,yang lain semua hanya di alam maya. Sama seperti Deklarasi Rakyat yang cuba dikutip tandatangan di online.Kononnya ada sampai sejuta orang tandatangan.Akhirnya terkantoi sesama mereka sendiri yang tandatangan itu adalah tipu dan ianya dibuat buat supaya jumlah itu nampak banyak.Gagal juga usaha Deklarasi Rakyat Mahathir ini.Apa lagi yang ada ??? Mahathir hanya ada harapan terakhirnya pada Parti Pribumi yang dicanang akan dapat keahlian sampai 12 juta orang oleh Ibrahim Ali.Ini saluran sah dari segi perlembagaan dan demokrasi politik untuk Mahathir menunjukkan dia masih berbisa. 

Kalau ini pun gagal,bermakna bisa Mahathir sudah tiada.Maka pentaksub Mahathir perlulah terima hakikat bahawa zaman Mahathir sudah berakhir.Buat apa lagi hendak berjuang bersama Mahathir ??? Mahathir berjuang untuk kepentingan dan survival kroninya sahaja.Apa yang penyokong Mahathir dapat kalau hendak dibandingkan dengan berbillion ringgit yang kroni Mahathir kenyang.Ramai orang sudah sedar 450,000 orang yang hadir di Dataran Merdeka adalah jumlah yang amat ramai.Mereka hadir kerana sayang kepimpinan negara.Bukan untuk meruntuhkan negara sebagai yang dibuat oleh peserta demo haram.Gerakan Mahathir sudah gagal.Hanya Mahathir sahaja yang tidak pernah mengaku dia sudah kalah.Sudah sudahlah Mahathir,janganlah ganggu Perdana Menteri lagi. Berhentilah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates