Social Icons

Pages

Wednesday, October 05, 2016

HANYA DI SELANGOR !!! BOMBA HANTAR AIR KE HOSPITAL ???


KRISIS bekalan air di Selangor sekarang bukan setakat memudaratkan rakyat dari segi minum,mandi dan sebagainya, malah sudah turut melarat ke satu peringkat di mana Hospital pun mengalami masalah untuk beroperasi.Menurut laporan berita radio,Bomba terpaksa menghantar air ke Hospital Serdang kerana masalah yang meruncing ini.Bomba kena hantar air ke Hospital,pernah dengar ke? Mana Syabas,mana LUAS – semuanya sekarang berada dibawah kerajaan negeri Selangor sampai Bomba pulak yang kena hantar air?

Satu kes yang penulis mengetahui secara peribadi,seorang pesakit dengan masalah jantung sepatutnya dibedah pagi tadi di hospital sama,tapi kerana masalah air ini pembedahan itu mungkin terpaksa diadakan di tempat lain.Tahniahlah sebab menyusahkan rakyat sampai begitu sekali.Agaknya dimana Menteri Besar Azmin pada waktu ini,masih menyelesaikan isu anak dara meniaga nasik lemak tak dapat permit? Sebulan ini sahaja 2 kali bekalan air di sumber yang sama terputus.Bab yang itu nak tunjuk hero pulak, walhal seorang je pun,yang ramai terkesan dek masalah air ni macam mana cerita?
Bila bekalan air terputus minggu lepas,yang disalahkan dan diambil tindakan, seorang kakitangan Syabas kerana dakwaan sabotaj tapi masalah sama masih berlaku, tapi kali ni yang disalahkan sebuah syarikat pulak.Semua orang salah,yang tak salah hanya kerajaan negeri Selangor sedangkan tanggungjawab sumber air adalah dibawah kerajaan negeri!! Nampak macam tidak ada pemimpin pembangkang yang sibuk bercakap tentang hal ini.Sebaliknya isu yang tak menyentuh rakyat secara langsung macam 1MDB dan reformasi pilihanraya (Bersih 5) itu pulak yang dikisahkan mereka. 

Entah bagaimana mereka meletakkan keutamaan dalam mendepani masalah rakyat? Bila kita cakap, kita pulak yang dituduh mempolitikkan isu – seolah olah mereka (pembangkang) tak pernah mempolitikkan apa-apa pun dalam dunia ini.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates