Social Icons

Pages

Friday, December 09, 2016

#STOPKILLINGROHIGNYA !!! TIADA MEDIA DI #MYANMAR BERANI LAPOR KEKEJAMAN #JUNTA TENTERA !!!


Etnik Rohingya sudah lama ditindas di Myanmar.Hak mereka untuk mendapat kerakyatan,berkahwin,beribadat dan pendidikan telah dinafikan.Malah selepas keganasan yang dicetuskan pada 2012 oleh pelampau Budha,berpuluh ribu Rohingya telah melarikan diri dan membahayakan nyawa mereka dengan menaiki bot menuju ke negara lain termasuk Malaysia.Keadaan bertambah buruk sejak kebelakangan ini apabila operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh tentera Myanmar sekali lagi memaksa Rohingya menjadi pelarian.Dan apabila Malaysia membantah kekejaman ini,kerajaan Myanmar telah menuduh kerajaan cuba masuk campur dalam urusan negara mereka.Malahan ketika Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 20,000 orang lain mengadakan bantahan di dalam Himpunan Solida­riti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pada Ahad lalu,media-media Myanmar memburukkan Malaysia.

Sikap media Myanmar ini merupakan sesuatu yang menjelikkan,kerana cerita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan Malaysia,berani pula mereka menulisnya.Tetapi mereka mendiamkan diri tatkala kerajaan mereka bertindak kejam terhadap Rohingya.Medianya juga sibuk menyiarkan kononnya Najib terlibat dalam skandal berhubung dengan 1MDB dan derma RM2.6 juta meskipun Perdana Menteri telah dibersihkan daripada tuduhan berkenaan.Myanmar Times misalnya,menyiarkan artikel hasil tulisan daripada penulis bebas yang sibuk memberikan cadangan kepada Perdana Menteri bagaimana untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini sudah berada di pentas pembangkang.Sementara cerita-cerita mengenai Rohingya dan kezaliman yang menimpa etnik minoriti itu lenyap, seolah-olah tiada apa pun yang berlaku.Jika mahu diharapkan media Myanmar,memang sukar untuk kita mendapatkan gambaran sebenar mengenai penindasan ke atas Rohingya,kecuali cerita yang keluar dari mulut pelarian berkenaan di Malaysia. 

Beberapa tahun lepas,pegawai Myanmar dilaporkan telah menggelar Rohingya sebagai `hodoh' dan terlalu `kotor' untuk dirogol oleh tentera manakala satu pihak dalam politik pula pernah bercakap mengenai Nazi dan secara terbuka mempromosikan tindakan tidak berperikemanusiaan untuk menghalau Rohingya dari negara itu.Dan ketika Rohingya melarikan diri ke Bangladesh,salah seorang pegawai kerajaan termasuk mereka yang hampir dengan Aung San Suu Kyi dilaporkan telah menyatakan `itulah tempat di mana mereka patut berada'

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates