Social Icons

Pages

Showing posts with label DUNIA.... Show all posts
Showing posts with label DUNIA.... Show all posts

Friday, January 06, 2017

TU DIAA !!! TRUMP NAK KUKUHKAN NILAI RINGGIT MALAYSIA ???


Bakal Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump bakal mengangkat sumpah pada 20 Januari ini dan dalam tempoh beberapa hari ini,kita dapat melihat bagaimana dolar semakin mengukuh.Pengukuhan berkenaan antara lain adalah bertujuan bagi menunjukkan kehebatan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.Trump yang telah menewaskan calon popular,Hillary Clinton mahu dilihat sebagai seorang yang mempunyai semangat nasionalisme yang kuat,apatah lagi selaras dengan kempennya yang menggunakan slogan `Make America Great Again'.

Pakar ekonomi pada hujung tahun lepas telah pun meramalkan bahawa Dolar Amerika Syarikat akan mengukuh menjelang tarikh angkat sumpah itu.Jika kita lihat semula,pada hari di mana Trump diumumkan sebagai pemenang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat,pasaran saham seluruh dunia telah jatuh menjunam.Malah pasaran selamat yang menjadi pilihan pelabur turut menjadi ketidaktentuan.Namun kini,Dolar telah meningkat dengan kukuh dan antara faktor yang dikatakan menyumbang kepada pengukuhan berkenaan adalah fiskal yang menyokong pertumbuhan,dasar penghantaran balik modal luar negara dan perlindungan perdagangan yang bakal dilaksanakan oleh Trump.Dan sejarah sebelum ini juga menunjukkan bahawa Dolar akan sentiasa bergerak ke arah yang sama,selepas pertukaran Presiden baru. 

Tempias kepada keadaan berkenaan bukan hanya memberikan kesan ke atas Ringgit malah pengukuhan Dolar turut melemahkan Pound,Euro serta Yen.Bagaimanapun bagi Ringgit,berdasarkan institusi perbankan,ringgit akan menunjukkan corak aliran mengukuh setelah Trump memulakan tugas rasminya sebagai Presiden dan pasaran dapat menilai dasar yang dibentangkannya.Malah Ringgit dijangka pulih dengan berada pada paras lebih baik berbanding Dolar Amerika Syarikat dalam suku ketiga tahun ini setelah ketidakpastian pasaran terhadap kadar faedah dan dasar ekonomi Trump reda. 

Justeru persepsi persepsi negatif terhadap ekonomi negara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang dilihat hanya berdasarkan kepada nilai Ringgit ketika ini,sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar.Hakikatnya ekonomi negara masih kukuh dan diuruskan dengan baik meskipun berdepan situasi ekonomi global tidak menentu berikutan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat itu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 09, 2016

#STOPKILLINGROHIGNYA !!! TIADA MEDIA DI #MYANMAR BERANI LAPOR KEKEJAMAN #JUNTA TENTERA !!!


Etnik Rohingya sudah lama ditindas di Myanmar.Hak mereka untuk mendapat kerakyatan,berkahwin,beribadat dan pendidikan telah dinafikan.Malah selepas keganasan yang dicetuskan pada 2012 oleh pelampau Budha,berpuluh ribu Rohingya telah melarikan diri dan membahayakan nyawa mereka dengan menaiki bot menuju ke negara lain termasuk Malaysia.Keadaan bertambah buruk sejak kebelakangan ini apabila operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh tentera Myanmar sekali lagi memaksa Rohingya menjadi pelarian.Dan apabila Malaysia membantah kekejaman ini,kerajaan Myanmar telah menuduh kerajaan cuba masuk campur dalam urusan negara mereka.Malahan ketika Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 20,000 orang lain mengadakan bantahan di dalam Himpunan Solida­riti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pada Ahad lalu,media-media Myanmar memburukkan Malaysia.

Sikap media Myanmar ini merupakan sesuatu yang menjelikkan,kerana cerita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan Malaysia,berani pula mereka menulisnya.Tetapi mereka mendiamkan diri tatkala kerajaan mereka bertindak kejam terhadap Rohingya.Medianya juga sibuk menyiarkan kononnya Najib terlibat dalam skandal berhubung dengan 1MDB dan derma RM2.6 juta meskipun Perdana Menteri telah dibersihkan daripada tuduhan berkenaan.Myanmar Times misalnya,menyiarkan artikel hasil tulisan daripada penulis bebas yang sibuk memberikan cadangan kepada Perdana Menteri bagaimana untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini sudah berada di pentas pembangkang.Sementara cerita-cerita mengenai Rohingya dan kezaliman yang menimpa etnik minoriti itu lenyap, seolah-olah tiada apa pun yang berlaku.Jika mahu diharapkan media Myanmar,memang sukar untuk kita mendapatkan gambaran sebenar mengenai penindasan ke atas Rohingya,kecuali cerita yang keluar dari mulut pelarian berkenaan di Malaysia. 

Beberapa tahun lepas,pegawai Myanmar dilaporkan telah menggelar Rohingya sebagai `hodoh' dan terlalu `kotor' untuk dirogol oleh tentera manakala satu pihak dalam politik pula pernah bercakap mengenai Nazi dan secara terbuka mempromosikan tindakan tidak berperikemanusiaan untuk menghalau Rohingya dari negara itu.Dan ketika Rohingya melarikan diri ke Bangladesh,salah seorang pegawai kerajaan termasuk mereka yang hampir dengan Aung San Suu Kyi dilaporkan telah menyatakan `itulah tempat di mana mereka patut berada'

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#STOPKILLINGROHINGYA : ADAKAH #BUDDHA MENGAJAR MEMBUNUH GOLONGAN TIDAK BERDOSA ???


Menurut statistik terkini,sejumlah 20,000 orang hilang tempat tinggal di daerah Maungdaw,Myanmar.24 buah kampung dibakar di daerah Maungdaw dan Buthidaung.500 orang terbunuh,60 orang menjadi mangsa rogol,1500 orang hilang dan 8 buah masjid terbakar dan musnah.Ini kekejaman yang sedang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya di Myanmar.Ianya satu lagi siri "ethnic cleansing" yang cukup tidak berperikemanusian sama sekali.Bertentangan sekali apa yang diajar oleh Dalai Lama,"my religion is very simple,my religion is kindness".Dalai Lama adalah "spiritual leader" Buddha di Tibet.Sewajarnya sami sami Buddha di Myanmar menolak dan menentang keras kekejaman yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar ini. 

Etnik Rohingnya bukanlah kumpulan pengganas di Myanmar,mereka juga adalah warganegara Myanmar.Mengapa perlakukan mereka sampai sebegitu sekali ??? Apa dosa anak anak kecil yang turut terbunuh ??? Apa dosa ibu ibu yang sedang menyusukan anak dibunuh tanpa belas kasihan ??? Aung San Suu Kyi pernah merasai bagaimana hidup dalam kegelapan dan tanpa bumbung rumah pada 2 Mei 2008 selepas kejadian Cyclone Nargis.Bertemankan lilin di waktu malam.Disebabkan kegelapan itu akhirnya Suu Kyi dibebaskan pada 13 November 2010 dan akhirnya kini menjadi pemimpin di Myanmar.Keperitan dan kesusahan yang dihadapi Suu Kyi sudah cukup untuk membuatkan beliau belajar dan mengerti erti hidup dalam kesempitan.Sebagai seorang pemimpin wanita,Suu Kyi tidak sepatutnya melihat dan menutup mata atas kekejaman yang berlaku terhadap kanak kanak dan ibu ibu umat Islam Rohingnya.Ajaran mana mana agama tidak mengajar membuat keganasan terhadap orang lain. 

Prinsip demokrasi yang dipegang sebegitu lama oleh Suu Kyi ketika berada dalam tahanan rumah pun tidak menghalalkan berlakunya kekejaman tanpa perikemanusiaan pada orang lain.Suu Kyi seorang yang berpegang kuat pada ajaran Buddha.Suu Kyi telah menghabiskan masa tahanan rumahnya dengan bermeditasi mengikut ajaran Buddha.Suu Kyi juga banyak menulis tentang keamanan dan kasih sayang menerusi "The Voice of Hope : Conversations with Alan Clements".Jika berpegang kuat pada ajaran Buddha,Suu Kyi tidak sewajarnya membuat keganasan seteruk itu terhadap umat Islam Rohingnya.22 September 2007,sekumpulan sami Buddha membuat protes hak asasi manusia terhadap kerajaan Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi.Kini kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya juga adalah berkaitan hak asasi manusia.Lebih kejam,lebih tragis daripada hanya seseorang yang hanya dikenakan tahanan rumah.Undang undang antarabangsa,tekanan politik luar dan sami sami Buddha dulu digunakan untuk membebaskan Suu Kyi dari tahanan rumah.Kini,jalan yang sama perlu digunakan oleh semua pihak untuk menghentikan pembunuhan kejam terhadap etnik Rohingnya di Myanmar. 

Kasihanilah mereka,apalah dosa anak anak kecil dibunuh,wanita dirogol dan masjid dimusnahkan.Mereka tidak bersenjata dan diperlakukan seolah olah musuh dalam peperangan.Hentikan kekejaman ini.Tidak ada pemenang Nobel Prize Award yang membuat kekejaman sebegini bila menjadi pemimpin sesebuah negara.Seluruh masyarakat dunia perlu kecam apa yang sedang berlaku di Myanmar termasuklah Dalai Lama.Agama Buddha bukan mengajar keganasan, tetapi kebaikan.Amat memalukan jika seseorang yang kuat bermeditasi seperti Suu Kyi melanggar ajaran agamanya sendiri.Agama Buddha tidak mengajar membunuh orang yang tidak berdosa.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, November 12, 2016

FAKTA !!! ADAKAH #AMERIKA BERTUKAR MENJADI KUASA JAHAT SELEPAS INI ???


kelmarin Donald Trump menguasai White House.Republikan kembali semula ke White House sejak 2009.Undi "electoral vote" yang diperolehi Trump adalah 306.Ianya tertinggi buat Republikan sejak mendapat 426 undi semasa George H.W.Bush memasuki White House pada 1988.Trump mencatatkan sejarah baru apabila seorang selebriti dan taikun hartanah terkenal Amerika Syarikat,Donald J Trump berjaya memenangi Pilihan Raya Presiden dengan meraih 306 undi dengan mengalahkan calon pilihan dari Demokrat,Hillary Clinton.Bagi kebanyakan pemerhati politik antarabangsa,kemenangan yang diraih Trump ini bakal menyaksikan perubahan besar-besaran polisi Amerika terhadap dunia jika dibandingkan dengan dasar lebih lembut dan mesra Barrack Obama selama 8 tahun sebelum ini.Ini kerana,sepanjang 20 bulan berkempen,Trump dilihat berpegang kepada prinsip yang lebih keras dan banyak menimbulkan provokasi terhadap golongan minoriti dan umat Islam. 

Dalam kempennya,beliau pernah dilabelkan sebagai anti Islam apabila mahu menyekat sebarang kemasukan umat Islam di Amerika terutamanya mereka yang datang dari negara-negara yang dilabelkan Amerika sebagai pusat kelahiran pengganas.Malah,polisi antarabangsa Trump yang enggan berkompromi terhadap isu melibatkan pengganas dan konflik di Syria telah menyebabkan wujud kebimbangan,Trump akan melancarkan lebih banyak serangan dahsyat demi memenuhi keinginannya untuk mewujudkan “The Greater America”.Sebelum ini,menerusi pentadbiran Demokrat yang diketuai oleh Barrack Obama,Amerika dilihat lebih memberi penekanan terhadap menjalinkan hubungan diplomatik dan bersahabat dengan semua negara.Atas sebab inilah,pihak minoriti dan umat Islam di Amerika mahukan,Hillary Clinton menguasai Rumah Putih kerana sepanjang kempennya,beliau lebih berminat untuk meneruskan dasar Obama yang lebih mesra dan lembut terhadap rakyat Amerika dan dunia luar.Namun,sebaik sah Trump memenangi pemilihan kali ini, wujud kebimbangan bahawa Trump akan menggunakan segala kemampuan yang ada pada Amerika untuk menekan kebanyakan negara di dunia ini untuk tunduk kepada White House. 

Apa yang membimbangkan adalah kuasa superpower dunia itu kini dilihat rapat dengan Russia.Pada 17 Oktober 2016,Gorbachev,bekas Presiden Soviet Union pernah memberi amaran bahawa mengundi Clinton boleh membawa kepada Perang Dunia.Hubungan Russia - Amerika tegang ketika zaman Obama kerana AS dituduh melakukan regime change di Libya dan Syria. Dua dua negara ini adalah proksi dagangan dan tentera bagi Russia.Kalau dilihat rekod parti Republikan banyak peperangan berlaku ketika mereka menguasai White House.Perang Vietnam berlaku pada 1955 ketika Dwight Eisenhower menjadi Presiden. Krisis Panama Canal berlaku pada zaman Ronald Reagan yang juga dari parti Republikan.Bush melancarkan Desert Storm menyerang Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada 2003. Kesemua mereka ini dari parti yang sama dengan Trump.Apakah Trump akan melakukan tindakan agresif seperti mereka ??? Jika rakyat Amerika mempercayai Trump akan membawa kembali imej kehebatan Amerika pada mata dunia,pandangan masyarakat antarabangsa jelas berlainan dan kebimbangan mereka terhadap kemenangan Trump ini akan sentiasa menghantui kebanyakan negara di dunia untuk 4 tahun yang akan datang.Mungkin Trump melihat dunia dari kaca mata perniagaan dan ekonomi dan tidak melihat dunia sebagai peperangan untuk mencipta peluang perniagaan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, September 07, 2016

FAKTA !!! #BANKDUNIA SAH KAN EKONOMI MALAYSIA POSITIF !!!


Sejak kebelakangan ini,cerita bahawa Malaysia akan bankrap semakin galak dimainkan dan disebarkan dalam media sosial oleh penyokong Mahathir dan pembangkang.Dengan ramai yang menjadi `pakar ekonomi' dalam Facebook walaupun hakikatnya jahil dalam bidang ekonomi.Mereka seperti suka dengan penyebaran berita berkenaan,seolah-olah mengharapkan nasib Malaysia akan menjadi seperti Greece,yang menjadi muflis kerana tidak mengawal hutang dan perbelanjaannya.Hakikatnya,Bank Dunia sendiri mengesahkan bahawa ekonomi negara adalah positif dan corak pertumbuhan masih lebih tinggi daripada tahap purata.Bukan itu sahaja,ia akan terus positif pada masa hadapan walaupun keadaan ekonomi yang lembap di rantau ini.Pengesahan itu dibuat oleh Pengurus Bank Dunia yang berpengkalan di Malaysia,Faris H. Hadad-Zervos (Gambar Di Atas). 

Dalam Bengkel Kesedaran dan Peluang Perniagaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2016,Faris memberitahu pertumbuhan ekonomi Malaysia dibantu oleh dasar yang menyokong pertumbuhan kerajaan, termasuk belanjawan."Jika anda melihat keadaan Malaysia beberapa tahun lepas, ia memperlihatkan keadaan pertumbuhan yang positif.Malaysia terus berkembang dalam tempoh tersebut walaupun ekonomi global turun naik.Apa yang kita ketahui setakat ini ialah usaha penyesuaian berterusan dengan persekitaran ekonomi luar," katanya.Begitu juga dengan pengumuman bahawa ekonomi Malaysia meningkat empat peratus dalam suku kedua tahun ini dan pertumbuhan 4.1 peratus bagi separuh pertama 2016.Ia adalah sejajar dengan kedudukan ekonomi global yang sederhana. Lebih menarik, disebabkan ekonomi yang positif ini, syarikat-syarikat Malaysia boleh merebut tender projek Bank Dunia.Ia merupakan satu kelebihan kerana projek-projek di ba­wah Bank Dunia mempunyai kelebihan kerana dikendalikan oleh badan antarabangsa yang berkaliber. Kontrak kerja yang dibuka oleh Bank Dunia di pelbagai negara memberi kesempatan kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk menem­busi pasaran antarabangsa sete­rusnya membantu mengurangkan defisit sektor perkhidmatan negara.

Inilah salah satu bukti bahawa ekonomi Malaysia berkembang positif,jika tidak mana mungkin Bank Dunia berani membuat tawaran berkenaan.Jika sebelum ini ada yang tidak percaya kepada laporan dan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan atau Bank Negara mengenai pertumbuhan ekonomi negara namun kali ini,tiada alasan lagi untuk menafikannya memandangkan Bank Dunia sendiri yang membuat pengesahan.Nampaknya serangan ekonomi telah gagal,sebab itulah gamaknya Mahathir mencari "nyawa lain" dengan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.Fakta ekonomi itu tidak boleh disangkal lagi.Apakah geng-geng Mahathir hendak kata Bank Dunia itu makan dedak ??? Hanya mampu memaki dan mengata orang sahajalah geng-geng Mahathir dan pembangkang.Itu tandanya mereka sudah kalah.Sudah bankrap modal. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 05, 2016

TU DIAAA !!! PAKAR EKONOMI #BRITAIN NAK TIRU #BR1M #BRIM !!! APA CERITA NI ???


di awal perlaksanaan BR1M ramai pihak yang mempertikai BR1M dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah kononnya BR1M itu adalah rasuah.selepas itu timbul pula dedak.siapa yang kata tu ??? adakah yang kata tu makan nasi atau makan dedak ??? apa pun saya ingin merakamkan rasa kasihan apabila kebodohan mereka telah menjadi perhatian ramai kerana bantuan yang hampir sama juga dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir atas alasan “kebajikan”,waima dengan jumlah yang jauh lebih kecil berbanding BR1M.Tidak perlulah kita nafikan bahawa ramai di kalangan pembangkang sendiri dengan rela hati membuat permohonan bantuan tersebut.ada juga yang menghentam Datuk Seri Najib pun dapat BR1M.gaji beribu ribu,tapi minta BR1M.tapi,itula kerajaan tak memilih sesiapa pun rakyat malaysia walaupun rakyat tu melayu,cina,india dan lain-lain.itu lahh hebatnya Malaysia.

Umumnya,ramai pengalisis ekonomi (bukan politik) bersetuju dengan pemberian BR1M,iaitu mewujudkan kesan positif berganda kepada rakyat dan negara yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah meningkatkan perbelanjaan masing-masing sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi.Pengarah dan Ketua Serantau Pasaran Modal Ekuiti RHB Investment Bank,Gan Kim Choon sebelum ini pernah berkata,perbelanjaan rakyat amat membantu dalam memacu ekonomi kerana langkah itu menjana pertumbuhan perniagaan domestik.Malah katanya,BR1M dapat merangsang ekonomi dalam jangka masa panjang.Menurut portal berita TheGuardian,35 pakar ekonomi di Britain sepakat dengan idea yang sama,bahawa menyediakan wang secara langsung kepada isi rumah akan menjadi dasar yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib,BR1M telah diperkenalkan pada 2012,bukan sahaja sebagai cara untuk membantu rakyat,tetapi juga untuk merangsang ekonomi negara dengan perbelanjaan hasil dari pemberian BR1M.Ia juga bertindak sebagai pelopor agenda memulangkan lebihan pendapatan negara kepada rakyat,sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.Mereka baru terfikir,kita sudah melaksana.adakah negara lain akan ikut seperti Britain ??? kita saksikan akan datang 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, September 28, 2015

EKSKLUSIF !!! VIDEO LIVE '#SUPERMOON' DI SELURUH DUNIA DIDEDAHKAN !!!


video penuh live kejadian Super moon atau gerhana bulan di seluruh dunia didedahkan.Gabungan tiga kejadian iaitu bulan penuh,fenomena Perigee dan gerhana bulan penuh juga dikenali sebagai ‘Super Blood Moon’ berlaku pada hari ini.fenomena ini terjadi kerana bulan yang sedang mengalami fasa penuh kini berada di kedudukan paling hampir dengan bumi dan dalam masa yang sama mengalami fenomena gerhana penuh

‘Super Moon’ bermaksud bulan dalam fasa penuh dan berada pada kedudukan sangat hampir dengan Bumi. Fenomena ini menyebabkan Bulan kelihatan lebih besar sedikit pada waktu ini dimana saiz Bulan akan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada Bulan penuh biasa.fenomena itu hanya dapat di lihat di benua Eropah, Benua Amerika, dan Afrika sahaja.jom lihat video di bawah


ANDA NAK LAGI ???

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 21, 2011

EKSKLUSIF !!! VIDEO DAN GAMBAR KEMATIAN GADDAFI DI SEBARKAN !!!






SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH





Amerika dan Israel bertepuk.umat Islam menari.mayat Saddam dah hancur tapi bumi Iraq masih kelam kabut,Husni Mubarak dah lama jatuh,Mesir masih tidak aman,Gaddaffi sudah mati,apakah Libya akan harmorni ??? Tepuk dada,tanya iman.pertukaran rejim bukan jawapan kepada keamanan,tetapi ketaatan kepada pemerintah asas keselamatan.

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, October 15, 2011

ISU SEMPADAN INDONESIA-MALAYSIA !!! INI JAWAPAN LAKSAMANA AGUS SUHARTONO !!!


Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono hari ini memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat, yang diambil oleh Malaysia.Katanya,para anggota TNI mengawal wilayah perbatasan di Kalimantan Barat sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia dan kesemua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

"Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya,” kata beliau pada satu sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I DPR.

Bernama Melaporkan,Katanya,penegasan itu adalah berdasarkan laporan dari Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Major Jeneral TNI, Geerhan Lantara, yang telah melakukan tinjauan di kawasan yang didakwa berlakunya perbuatan itu.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR,TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P),yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram

LAIN KALI TELITI DULU !!!

DARI MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT ADA PEMBANGKANG DARI INDONESIA YANG CEMBURU DENGAN USAHA MALAYSIA UNTUK MENYATUPADUKAN 2 NEGARA !!!

SEBAB ITU MASALAH INI SENGAJA DI TIMBULKAN DAN MEMBUAT RAKYAT INDONESIA MENGAMUK DAN SETERUSNYA INGIN MENDAPATKAN KEADILAN !!!
 
 
Blogger Templates