Social Icons

Pages

Friday, August 05, 2016

TU DIAAA !!! PAKAR EKONOMI #BRITAIN NAK TIRU #BR1M #BRIM !!! APA CERITA NI ???


di awal perlaksanaan BR1M ramai pihak yang mempertikai BR1M dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah kononnya BR1M itu adalah rasuah.selepas itu timbul pula dedak.siapa yang kata tu ??? adakah yang kata tu makan nasi atau makan dedak ??? apa pun saya ingin merakamkan rasa kasihan apabila kebodohan mereka telah menjadi perhatian ramai kerana bantuan yang hampir sama juga dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir atas alasan “kebajikan”,waima dengan jumlah yang jauh lebih kecil berbanding BR1M.Tidak perlulah kita nafikan bahawa ramai di kalangan pembangkang sendiri dengan rela hati membuat permohonan bantuan tersebut.ada juga yang menghentam Datuk Seri Najib pun dapat BR1M.gaji beribu ribu,tapi minta BR1M.tapi,itula kerajaan tak memilih sesiapa pun rakyat malaysia walaupun rakyat tu melayu,cina,india dan lain-lain.itu lahh hebatnya Malaysia.

Umumnya,ramai pengalisis ekonomi (bukan politik) bersetuju dengan pemberian BR1M,iaitu mewujudkan kesan positif berganda kepada rakyat dan negara yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah meningkatkan perbelanjaan masing-masing sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi.Pengarah dan Ketua Serantau Pasaran Modal Ekuiti RHB Investment Bank,Gan Kim Choon sebelum ini pernah berkata,perbelanjaan rakyat amat membantu dalam memacu ekonomi kerana langkah itu menjana pertumbuhan perniagaan domestik.Malah katanya,BR1M dapat merangsang ekonomi dalam jangka masa panjang.Menurut portal berita TheGuardian,35 pakar ekonomi di Britain sepakat dengan idea yang sama,bahawa menyediakan wang secara langsung kepada isi rumah akan menjadi dasar yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib,BR1M telah diperkenalkan pada 2012,bukan sahaja sebagai cara untuk membantu rakyat,tetapi juga untuk merangsang ekonomi negara dengan perbelanjaan hasil dari pemberian BR1M.Ia juga bertindak sebagai pelopor agenda memulangkan lebihan pendapatan negara kepada rakyat,sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.Mereka baru terfikir,kita sudah melaksana.adakah negara lain akan ikut seperti Britain ??? kita saksikan akan datang 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates