Social Icons

Pages

Thursday, January 05, 2017

EKSKLUSIF !!! FAKTA KENAPA SEHINGGA KINI PENTADBIRAN PM DS @NAJIBRAZAK TAK TUMBANG DIDEDAHKAN !!!


InsyaAllah jika Perdana Menteri Dato' Seri Najib / kerajaan BN melakukan kesalahan mereka akan dihukum Allah.Tapi setakat ni nampaknya Allah lebih mempermudahkan segala kerja mereka untuk rakyat dan melaknati serta menurunkan bala demi bala buat perjuangan pakatan yang berasaskan fitnah satu persatu,jelas dan terang.Ini kerana Allah benci fitnah dan menjanjikan pelaku2nya neraka jahanam.Sebab itu. 

1) Allah beri kematian kepada Pakatan Rakyat sebelum PRU14. 
2) Allah beri kematian yang tragis kepada Karpal Singh Yang selama ini menghina & mengugut undang-undang syariah Allah dengan meletakkan mayat dirinya sebagai galang ganti
3) Allah malukan Wan Azizah dengan kalah disaman fitnah FGV 
4) Allah malukan Nurul Izzah dengan kalah disaman fitnah Raja Nong Chik ketika fitnahnya di PRU13 Lembah Pantai 
5) Allah bukakan hati ulama dan PAS untuk benci perjuangan fitnah PKR DAP PAN 
6) Allah gagalkan usaha PKR Sabah yang rembat RM500 juta hartanah rakyat Sabah dengan dibuktikan bersalah di mahkamah 
7) Allah sumbat bos besarnya ke penjara akibat sex songsangnya yg akhirnya diakui sendiri oleh peguam mereka sebagai sex suka sama suka
8) Allah beri kehinaan kepada Lim Guan Eng & isterinya dengan kalah teruk di pemilihan parti kawasan sendiri,Melaka 
9) Allah dedahkan segala penyelewengan & rasuah Lim Guan Eng dengan ditariknya kes beliau ke mahkamah 
10) Allah beri kehinaan kepada Rafizi & PKR di mahkamah di atas kekalahan mereka terhadap saman fitnah bekas MB TS Khalid ketika tragedi Langkah Kajang 
11) Allah tiupkan kesedaran di hati rakyat & memberi kekalahan teruk dlm pilihanraya negeri Sarawak & 2 PRK baru2 ini 
12) Allah tiupkan ketakutan akan kekalahan di hati pemimpin pakatan sehingga mereka terpaksa batalkan hasrat utk adakan PRN Pulau Pinang 
13) Allah tiupkan kesedaran di hati mahasiswa & memberi kekalahan teruk kepada pakatan melalui wakilnya,Pro M dalam semua pilihanraya kampus/universiti beberapa tahun ini 
14) Allah tiupkan kebencian di hati rakyat sehinggakan BERSIH 4 gagal akibat di boikot majoriti org Melayu & Islam 
15) Allah beri kemaluan kepada PKR dengan menjadikan suami isteri berlawan sesama sendiri bagi berebut jawatan presiden parti 
16) Allah tiupkan kerungsingan,ketidak percayaan,hasad dan dengki di hati pemimpin2 pakatan sehinggakan mereka sentiasa bertelagah sesama sendiri di setiap kali pilihanraya & menyebabkan mereka kalah teruk 
17) Allah beri mereka pemimpin baru,yang selama ini mereka gelar sebagai mahazalim,firaun,ditaktor,bapa rasuah yang selama ini mencekik rakyat melalui koronisma & konsesi berat sebelah 
18) Allah tiupkan ketidak percayaan di hati rakyat terhadap pemimpin pakatan makanya jelajah satu Malaysia bagi mengumpul tandatangan 1 juta rakyat bagi membebaskan Anwar pun,hanya 30+ ribu sahaja yg dapat 
19) Allah jauhkan negara dari kebankrupan walau sudah bertahun2 pakatan memfitnah bahawa negara bakal bankrup 
20) Allah berikan keuntungan kepada tabung haji & memberi penyimpannya dividen yang bagus walaupun fitnah Rafizi mengatakan TH rugi & mengarahkan semua penabung mengeluarkan simpanan mereka.Peliknya Rafizi sendiri masih menyimpan & mengaut keuntungan ribuan ringgit tiap tahun 
21) Pakatan fitnah tuduh GST itu haram,tetapi Allah jadikan ahli pakatan ini sebagai penerima hasil "haram" GST melalui BR1M,bantuan persekolahan,ibu tunggal,voucher buku dsbnya. 
22) Allah malukan Rafizi dengan membuktikan hujahnya bahawa bila harga minyak turun,harga barang pasti turun terbukti SALAH
23) Allah tunjukkan rasuah DAP bilamana si pengutip rasuah perumahan rakyat pulau pinang adalah ayah kandung pemimpin DAP sendiri 
24) Allah beri ketakutan akan kekalahan yang amat sangat sehinggakan PKR takut untuk mengadakan pilihanraya negeri Selangor walau DAP dan PAN yakin menang besar
25) Setelah bertahun2 projek PERMATA bagi mendidik anak2 Malaysia sejak di awal umur menjadi cemerlang, difitnah kanan kiri atas bawah oleh Pakatan, tiba2 Allah tiupkan kesedaran di hati pemimpin DAP untuk menyokong & mempertahankan projek PERMATA pula. 
26) Allah berikan kehinaan terhadap Rafizi bila dia kalah saman fitnah terhadap syarikat NFC. Project lembu yg dia fitnah, akhirnya membuatkan Rafizi jadi lembu. 
27) Bersih 5 walau jelajah satu Malaysia tapi bila sampai masa Allah buang rasa minat dihati rakyat sehinggakan Malaysiakini sendiri lapor kehadiran jatuh merundum hanya 40ribu sahaja berbanding 150 ribu sebelumnya. 
28) Berpuluh tahun pakatan menjerit2,memekik2,memaki hamun segala kerakusan,penyelewengan,penindasan,penipuan,koronisma ratusan billion dengan berkotak2 bukti,terhadap si maha zalim,maha firaun tetapi Allah bisukan mereka hanya dalam 24 jam sahaja. 

Sesungguhnya kuasa Allah itu maha hebat.Tak akan mampu sesiapa melawannya.Adakah kamu lupa janji Allah wahai manusia

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu,maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Burooj: 10)

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates