Social Icons

Pages

Wednesday, January 04, 2017

BEG PLASTIK PUN KENA CHARGE 20 SEN ??? APA CERITA NI ???


MELAKA adalah sebuah negeri yang banyak bergantung kepada industri perlancongan sebagai punca pendapatan utama, sesuai dengan status negeri itu sebagai negeri bersejarah.Maka tidak hairanlah kenapa negeri itu mengikut piawai antarabangsa dalam soal penggunaan beg plastik bagi memberi persepsi yang baik kepada pelancong luar yang datang melawat.Tapi beg plastik di Melaka diharamkan sepenuhnya,maksudnya tak langsung dibenarkan guna – 20 sen tak 20 sen.

Itu yang hairan dengan Selangor,negeri Pakatan Harapan yang kononnya berkebajikan.Kata nak utamakan alam sekitar maka itu tak dibenarkan lagi guna beg plastik,tapi dalam masa yang sama,siapa nak guna,dikenakan pulak 20 sen satu.Tiru macam Melaka,haram terus,baru betul utamakan alam sekitar.Semua ini pulak dilakukan pada ketika para penyokong mereka melalak di seluruh negara mengenai kenaikan kos sara hidup 

Eloklah balacinya melalak pasal kenaikan kos sara hidup,pimpinan mereka ‘menambah’ susah rakyat dengan mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik ketika memberi barang keperluan.Boleh pulak menambah beban rakyat dengan alasan alam sekitar? Kalau petrol di pam terpaksa dinaikkan kerana harga minyak mentah dunia naik,ajar pulak balaci melalak.Sudahnya orang tak faham apa jenis kebajikan yang cuba dilaksanakan Pakatan kalau dapat menawan Putrajaya kalau beg plastik masa beli barang keperluan pun kena caj.

Oleh Adamyan 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates