Social Icons

Pages

Wednesday, January 04, 2017

KEPADA DATUK BAHRI #SPRM !!! SELAMAT DATANG KE DUNIA POLITIK CACA MARBA #PEMBANGKANG !!!


Semalam,bekas Pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan itu,Datuk Bahri Mohd Zin dilaporkan telah menyatakan bahawa beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.Namun tidak lama kemudian,SPRM dalam satu kenyataan memberitahu bahawa ia telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.Entah mana satu yang betul namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa Bahri yang memilih untuk bersara pilihan atas kehendaknya sendiri kira-kira enam bulan yang lalu,lebih sesuai untuk menjadi orang politik.Selepas ini bolehlah beliau melihat dengan jelas betapa caca marba dan kelam kabutnya dunia politik pembangkang.Bahri boleh bertanding pada pilihan raya umum (pru) kelak atas tiket pembangkang dan dari situ kita boleh melihat setakat mana rakyat percaya dengan ceritanya itu. 

Mungkin selama ini Bahri belum melihat dengan jelas terhadap apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan bagaimana DAP sendiri berdepan dengan isu rasuah apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dihimpit dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah.Dalam Pakatan Harapan sendiri,banyak isu yang tidak selesai.Azmin Ali misalnya,dihimpit dengan kontroversi mengenai tanah Paya Indah Wetland,isu kubah Masjid Shah Alam bernilai RM32.4 juta serta pertikaian mengenai projek ubah suai gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.8 juta.Selain PKR,Parti Amanah Negara (PAN) yang sedia memberikan ruang kepada Bahri, turut berdepan isu yang sama. PAN yang merupakan serpihan parti PAS,kini sedang berusaha bagi mendapatkan kerusi untuk bertanding pada PRU ke-14 kelak.Satu lagi parti,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga kini sedang berkocak.

Dakwaan terbaru Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa terdapat perjanjian sulit antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan DAP untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri juga telah mencetuskan kejutan.Bukan itu sahaja,skandal yang mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee,hinggakan terdapat dakwaan mengenainya dalam Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas suami Nika turut menggoncang kepimpinan PPBM.Di samping itu,pemecatan Anina Saadudin daripada jawatan ketua srikandi PPBM telah menambahkan lagi krisis dalaman parti terbabit.Itu baru sedikit kekacauan dan krisis yang melanda parti-parti pembangkang ini dan inilah yang akan dialami oleh Bahri jika beliau mahu berada bersama dengan pembangkang.Namun jika Bahri tetap nekad untuk berjuang dan berada di atas pentas pembangkang, selamat maju jaya diucapkan kepadanya dan sediakanlah panadol banyak-banyak untuk menghadapi kepeningan itu kelak.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates