Social Icons

Pages

Wednesday, January 04, 2017

PERJANJIAN SULIT #MUKHRIZMAHATHIR #MM JADI PM !!! #TUNKUAZIZ SEDIA DISAMAN !!! APA MACAM ???


Bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia disaman jika pendedahannya berhubung perjanjian sulit untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri Pembangkang,tidak benar.Tunku Aziz berkata demikian ketika mengulas ugutan saman oleh Mukhriz yang juga Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Kelmarin Mukhriz mencabar Tunku Aziz untuk mendedahkan bukti dan sumber berhubung dakwaannya itu. 

"Sebagaimana yang saya jangka (Mukhriz) akan menafikan dakwaan saya tersebut dengan menyifatkan ia tiada asas.Maka jika keadaannya begitu mengapa beliau (Mukhriz) begitu berminat untuk mengetahui siapa sumber yang mendedahkan hal perjanjian sulit itu kepada saya?' katanya dalam sidang medianya hari ini. 

Tunku Aziz ketika diasak pemberita tetap enggan mendedahkan individu yang menyalurkan maklumat perjanjian sulit itu kepadanya. "Dengan itu saya katakan bahawa saya bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang saya ambil," katanya lagi. 

Jumaat lalu,Tunku Aziz mendedahkan wujudnya perjanjian sulit yang dimeterai antara Pengerusi PPBM,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kit Siang dalam menentukan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak. Perjanjian itu menetapkan Mukhriz dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. "Rancangan itu datang daripada Dr Mahathir. Ia secara 'jika anak saya (Mukhriz) menjadi PM maka kita bersetuju untuk anda (Kit Siang sebagai TPM)'," ujar Tunku Aziz. Tunku Aziz turut mendesak Mukhriz dan Kit Siang agar membuat akuan bersumpah bahawa kedua-duanya tidak pernah bercita-cita menjawat dua jawatan itu.Supaya menjadi jujur dan telus dalam dunia politik, saya menggesa Mukhriz dan Kit Siang membuat akuan bersumpah bahawa mereka berdua tidak pernah bercita-cita mahu menjadi PM dan TPM. Tidak pernah," tegasnya lagi. 

DAP sebelum ini menyatakan sokongan kepada Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.Bagaimanapun Tunku Aziz berkata ia hanyalah satu cubaan 'political red herring' (politik mengalih tumpuan).


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates