Social Icons

Pages

Monday, February 27, 2017

#DAP MARAH PM DS @NAJIBRAZAK ADA HUBUNGAN BAIK DENGAN #CHINA !!! TP #DAP SENDIRI BERBAIK DENGAN #CHINA !!! APA CERITA NI ???


Seperti pepatah Melayu yang berbunyi 'sudah arang-arang,hendak minyak pula',yang bermaksud sudah dicemarkan nama seseorang,kini hendak bermanis-manis pula kepada orang itu,begitulah yang boleh digambarkan sikap pemimpin DAP.Dulu ketika Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik dengan China,pemimpin DAP dengan lantang menuduh Najib kononnya mahu menjual negara.Hakikatnya,lawatan rasmi Najib ke China,yang merupakan gergasi ekonomi,telah membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion,di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan. Inilah agaknya yang membuatkan mereka tertekan kerana Najib berjaya menandatangani pelaburan yang terbesar itu serta mendapat kepercayaan daripada China.Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan tersebut.Kini,tidak sampai lima bulan selepas mengecam dan menuduh Najib mahu jual negara,tular pula sekeping gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin utama DAP yang diketuai Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng bertemu dengan Duta Besar China ke Malaysia Dr. Huang Huikang. 


Pertemuan itu dipercayai diadakan di kedutaan.Gambar itu sekali gus membuktikan bahawa pembangkang bukan sahaja mencemburui Najib yang berjaya menjalinkan kerjasama dengan China,malah ia juga menunjukkan pembangkang juga mengakui akan pentingnya kerjasama dengan negara China,yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia,selepas Amerika Syarikat.Itulah sebabnya kenapa DAP mengadakan pertemuan dengan Duta China ke Malaysia kerana mereka tahu bahawa China amat berharga terutama dalam usaha menarik pelaburan asing ke negara ini.Disebabkan faktor berkenaan,maka Guan Eng dan sekutunya yang sebelum ini beria-ia mengecam Najib tiada pilihan selain terpaksa juga mengakui hakikat kepentingan China.Jika sebelum ini Najib dituduh cuba menjual negara kepada China kerana berbaik-baik dengan republik itu, begitu juga Guan Eng.Kita juga boleh menuduhnya cuba untuk menjual DAP kepada China.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates