Social Icons

Pages

Friday, February 10, 2017

FAKTA !!! #1MDB @1MDB DAH SELESAI #PAC !!! #RCI PERLU ADA UNTUK SKANDAL #FOREX DAN #BMF !!!


Cadangan banyak pihak supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat skandal Forex dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) sebenarnya adalah satu cadangan tepat bagi mencari jawapan,punca serta dalang yang menyebabkan negara rugi berbilion ringgit.Sebelum ini,jika dalam isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) banyak pihak diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci tentang 1MDB.Dalam skandal BMF dan Forex,individu yang didakwa menjadi antara dalangnya ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi pendekatan beliau dalam kes ini amat berbeza.Mahatir tidak mencadangkan agar diri beliau disiasat tapi pihak yang mendedahkan penglibatan beliau dalam skandal itu pula dituduh mempunyai niat jahat ke atas dirinya. 

Mahathir menuduh pihak Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) mempunyai niat tidak elok kerana Mahathir sebelum ini kerap bersikap kritis terhadap Barat.Daripada menjawab tuduhan,Dr Mahathir memilih untuk berdiam diri.Jadi,amat wajarlah RCI ditubuhkan dengan dianggotai oleh pakar akademik,undang-undang dan kewangan bagi menyiasat perkara ini yang berlaku ketika zaman pentadbiran Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Penubuhan suruhanjaya bebas itu turut disokong oleh Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang juga sekutu kuat Mahathir sekarang ini dalam politik antara parti PPBM dan DAP.Laporan skandal BMF terdedah melalui laporan CIA yang telah diisytiharkan sebagai tidak rahsia manakala skandal Forex didedahkan oleh seorang pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM).Dalam laporan CIA itu,skandal BMF yang melibatkan kematian seorang juruaudit Jalil Ibrahim yang dibunuh di Hong Kong dikatakan ada penglibatan pentadbiran Mahathir pada ketika itu.Oleh itu,penubuhan RCI wajar disegerakan untuk memberi laluan kepada anggota suruhanjaya itu mempunyai masa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan melengkapkannya bagi mendapatkan jawapan berkaitan skandal berkenaan.Kit Siang dan beberapa orang pemimpin pembangkang perlu dilantik sama sebagai ahli RCI siasatan itu.Saksi saksi perlu dipanggil untuk jelaskan misteri RM44 billion wang Bank Negara.Sama ada ia dicuri atau rugi ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates