Social Icons

Pages

Thursday, February 16, 2017

FAKTA !!! #LIMGUANENG #LGE SEBENARNYA BARAH DALAM #DAP !!! BUKAN 4 WAKIL RAKYAT YANG KELUAR !!!


Apabila pemangku Pengerusi DAP,Tan Kok Wai menganggap empat wakil rakyat daripada parti itu yang bertindak keluar parti sebagai `barah' maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar.Tan Kok Wai sebenarnya terlupa bukan empat wakil rakyat itu yang patut digelar sebagai barah.Sebaliknya,Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang sebenarnya patut dianggap sebagai barah.Tidak dapat dinafikan krisis dalaman parti itu sebenarnya berpunca daripada isu rasuah banglo Guan Eng dan cara Guan Eng mentabdir Penang.Jika kita perhatikan beberapa kes dalaman DAP yang menyaksikan ahli-ahlinya digantung oleh jawatankuasa disiplin,tindakan diambil disebabkan mereka terlalu lantang dan membuat kenyataan yang dikatakan merosakkan reputasi parti.Hakikatnya ia disebabkan mereka hanya menegur Guan Eng sahaja.Itulah antara punca dua ahli DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka,Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong,Goh Leong San digantung keahlian selama setahun pada tahun lepas.Mereka merupakan dua daripada empat wakil rakyat DAP di Melaka yang mengejutkan ramai dengan mengumumkan keluar parti. 

Dua lagi wakil rakyat tersebut adalah ADUN Bachang,Lim Jak Wong serta ADUN Kesidang,Chin Ghoong Seong turut ikut jejak langkah Sim.Bagaimanapun tindakan yang sama tidak pula diambil ke atas Guan Eng walaupun beliau telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah dan kesnya akan dibicarakan mulai Mac ini.Dan bagi mengalihkan kesalahan kepada orang lain,Guan Eng mendakwa empat wakil rakyat itu berbuat demikian berpunca akibat kekalahan mereka pada pemilihan DAP Melaka pada 2015.Jika dilihat alasan tersebut,tenyata ia langsung tidak logik.Kenapa perlu dikaitkan dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu.Jika mereka tidak berpuas hati disebabkan kekalahan berkenaan,lebih baik mereka bertindak keluar parti pada masa itu juga, kenapa perlu menunggu hingga sekarang,iaitu ketika tempoh penggantungan itu hampir berakhir. 

Ternyata keputusan empat wakil rakyat itu keluar DAP merupakan permulaan kepada krisis dalaman DAP dan ia akan menjadi semakin teruk sekiranya `barah' sebenar tidak disingkirkan.Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli DAP sedar bahawa perjuangan parti itu semakin berubah.Apa pun sesuatu yang menarik untuk dihayati ialah apabila Tong Him menggelar Guan Eng sebagai munafik.Jika beliau boleh menggelar Guan Eng munafik,alangkah memalukan sekiranya masih ada orang Melayu yang mengangkat Guan Eng sebagai `pejuang' mereka. 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates